Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sudah menjadi satu ‘kebiasaan’ buat segelintir usahawan di negara ini, walaupun nilai jualan baru mencecah puluhan ribu dan tidak konsisten, mereka sudah pun berangan-angan untuk memiliki kereta mewah ‘starter pack founder Malaysia’ seperti Ford Mustang, Nissan GT-R R35 atau Ferrari 458 Italia.

Namun berbeza pula bagi content creator masakan, juga pengusaha Sambal Nyet, Khairulaming yang masih lagi setia menggunakan Perodua Bezza walaupun hasil jualan sambal pedasnya pada tahun lalu mencecah RM7.5 juta.

Menurutnya, selama dua tahun berulang-alik balik ke Kelantan, Perodua Bezza memberikannya kepuasan dengan mempunyai ruang bonet luas untuk meletakkan barang-barang shooting video, ruang kaki penumpang belakang yang luas, serta menjimatkan kos penggunaan minyak.

Ciapan itu dikongsikan oleh Khairulaming selepas ada seorang pengguna Twitter meminta pandangan ramai yang mana satu kereta yang berbaloi untuknya miliki bagi kegunaan harian.

Tanpa disangka-sangka, ciapan pengalaman sendiri Khairulaming sebagai seorang pemilik Bezza itu telah menarik pengguna Twitter lain membalas ciapan menyatakan mereka bersependapat dengan influencer yang mempunyai jutaan pengikut di pelbagai media sosial.

Pada masa sama orang ramai timbul rasa kagum selepas mengetahui Khairulaming masih mengekalkan prinsip low-profile walaupun dia layak dan mampu untuk memiliki kenderaan import yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Nampak gayanya, sesiapa yang sudah merancang untuk membeli Bezza terpaksa menunggu queue yang lebih lama memandangkan model tersebut diakui praktikal dan berbaloi dimiliki oleh influencer terkenal itu.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lebih lanjut bagaimana Khairulaming melaburkan semula hasil jualan tahun lalu dengan membuka kilang lebih besar supaya dapat menjaga kualiti dan menampung kuantiti permintaan Sambal Nyet yang sentiasa meningkat.

Raih Jualan RM7.5 Juta Tahun Lalu, Khairulaming Buka Kilang Besar Sambal Nyet Di Kelantan

Khairulaming Adalah ‘Sifu Shopee’, Berjaya Jual 10,000 Sambal Nyet Dalam 3 Minit

Anda Mungkin Suka