Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Kerajaan akan mengambil langkah tegas dalam menghadapi individu atau kumpulan yang tidak mahu divaksin dan mengatakan ‘hidup mereka akan jadi susah’ jika terus bersikap demikian.

Menurut Khairy Jamaluddin, untuk mereka yang tidak boleh menerima suntikan vaksin atas faktor kesihatan tidak akan terkesan kerana mereka akan menerima sijil pengecualian yang akan tertera di aplikasi MySejahtera individu berkenaan.

“Sekiranya anda tidak divaksin kerana anda pilih untuk tidak divaksin, maka kami akan susahkan urusan seharian anda. Anda tidak boleh dine-in di kedai, tidak boleh ke shopping mall.

“Dengan pelancaran Strategi Saringan Kebangsaan yang akan dikeluarkan minggu hadapan, kami mungkin memerlukan anda membuat saringan COVID-19 secara kerap dan memerlukan anda membayar untuk saringan tersebut. Mesejnya di sini ialah untuk anda pergi dapatkan suntikan vaksin,” kata Khairy.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran 11th National Acute Myocardial Infarcation Course (NAMIC) 2021 di sini, hari ini.

Tegasnya, meskipun vaksin tidak diwajibkan namun kerajaan tidak akan ‘memberi muka’ kepada golongan antivaksin kerana mereka sendiri memilih untuk menolak vaksin.

Ini beberapa artikel lain berkaitan golongan anti vaksin. Baca lagi pada pautan di bawah.

Melawan Teori Anti Vaksin Yang Kaitkan Pesawat OneWorld Dengan ‘Agenda Dajjal’

Pejuang Anti Vaksin Dan Anti Pelitup Muka Amerika Syarikat Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Promosikan Cucuk Vaksin ‘Kosong’ Dan Sijil Palsu, Netizen Mahu Ustaz Ini Dikenakan Tindakan

Anda Mungkin Suka