Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Laman Instagram adalah tempat kita berkongsi kegembiraan dalam bentuk gambar. Andai anda orang ternama dan dikenali pula, laman Instagram anda pasti akan di-Spam setiap kali anda memuatkan gambar terbaru. Dan komen-komen itu biasanya Instashop yang membuat marketing secara random kononnya akan ada orang yang membaca komen produk mereka di setiap gambar.

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan Malaysia Khairy Jamaluddin menerima komen daripada sebuah Instashop yang mahu mempromosikan produknya di gambar yang dimuat naik oleh Khairy Jamuluddin. Paling menarik adalah komen balas KJ terhadap komen Instashop berkenaan.

image4
HYPE
Papar Kerinduan Seorang Ayah, Filem Pendek ecoBrown’s Ini Undang Sebak
Baca lagi →

For whom these bells toll.

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on

KJ

Laman Instashop berkenaan mempromosikan produk tambah ketinggian dan semestinya KJ tidak memerlukan produk berkenaan kerana KJ sendiri memang sedia tinggi. Dan lebih menarik, laman Instashop itu terus menukar nama apabila diberi amaran bahawa produknya akan dilaporkan pada pihak Kementerian Kesihatan.

Ianya memang satu produk yang palsu kerana ianya pasti tidak akan berkesan. Kita akan berhenti meninggi apabila berusia 17 tahun bergantung kepada bila seseorang itu akil baligh. Tetapi ada juga yang dapat meninggi sehingga berusia 21 tahun bergantung kepada individu. Secara dasarnya, remaja lelaki akan 2 tahun lewat membesar berbanding perempuan. Jadinya, apa ketinggian anda selepas 21 tahun, itulah tinggi anda sewaktu dewasa nanti.

Apabila anda dewasa makanlah ubat apa pun, anda tidak akan bertambah ketinggian. Cuma anda boleh develop muscle sahaja jika anda bersenam di gym. Secara dasarnya, ubat untuk tambah ketinggian semuanya palsu belaka dan janganlah anda terpedaya.

Ini menunjukkan para menteri turut membaca setiap komen yang kita tinggalkan dilaman sosial mereka. Jadi janganlah terlalu ghairah untuk promosikan produk anda dengan cara yang salah. Apa pun, cara KJ melayan Instashop berkenaan memang sangat win.

BURN

Anda Mungkin Suka