Semalam telah berlangsungnya Majlis Istiadat Angkat Sumpah bagi jawatan menteri dan timbalan menteri di Malaysia. Paling mencuri tumpuan adalah Syed Saddiq, yang dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu.

Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai individu paling muda dilantik sebagai menteri di Malaysia. Antara individu yang paling awal berjumpa dengan Syed Saddiq secara rasmi adalah bekas Menteri Belia Suka, Khairy Jamaluddin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam posting yang dimuat naik oleh Khairy, Khairy percaya bahawa Kementerian Belia Sukan berada di ‘tangan yang betul’ dan yakin Syed Saddiq akan menjalankan tugas dengan baik. Beliau turut menambah satu ketika dahulu, beliau ada mencadangkan Syed Saddiq untuk Anugerah Perdana Belia Negara.

Inilah politik matang yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin. Semoga terus sukses di masa akan datang diucapkan kepada Khairy Jamaluddin.