Drama Korea, Start-Up baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu lalu. Namun, ada yang mungkin kurang suka dengan pengakhiran drama tersebut.

Bagi anda yang menonton drama tersebut, kita dapat lihat bagaimana usahawan muda mahu memulakan perniagaan mereka dengan menggunakan platform daripada Sandbox.

Tahukah anda bahawa sebenarnya di Malaysia juga ada Sandbox? Menerusi perkongsian Khairy Jamaluddin di Twitter, rupa-rupanya Sandbox Malaysia wujud dan bakal melancarkan lapangan ujian Drone dan Robotik selepas FELDA.

Lebih mengejutkan, Khairy juga berseloroh mengatakan beliau #teamHanJiPyeong dalam drama Start-Up. Tidak dapat dinafikan watak Han Ji-pyeong berjaya ‘mencuri’ hati ramai peminat disebabkan dirinya yang berwawasan dan matang.

Perkongsian oleh Khairy mendapat perhatian netizen dan rata-rata berasa terkejut akan perkara itu. Bukan itu sahaja, ada juga yang mahu mencuba nasib untuk masuk ke dalam Sandbox Malaysia.

https://twitter.com/_aniishn/status/1336187106805207041

Tidak hanya itu, ada juga yang berkongsi babak dalam drama Sandbox dimana bendera Malaysia kelihatan sebagai pelabur. Apakah pandangan anda akan kewujudan Sandbox ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan drama Start-Up pada pautan di bawah ini.

Kota Kinabalu ‘Dipetik’ Dalam Drama Korea Buat Netizen Terkejut Dan Bangga

Selepas Itaewon Class, Ini 5 Sebab Usahawan Muda Perlu Tonton Drama Korea Start-Up

Netizen Terkejut Dengan Kehadiran ‘Pocong’ Dalam Drama Start-Up