Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pada hari ini telah mengumumkan untuk meletakkan jawatannya dari sebagai Komander Rejimen 508 dalam askar wataniah.

Surat peletakan jawatan dan pembatalan telah dihantar kepada Mej Jen Datuk Zainal Asisten Panglima bahagian Pasukan Simpanan (AP BPS). Beliau menjadi menteri kabinet pertama Brigadier Jeneral sebenar dalam Rejimen Askar Wataniah dan kekal menjadi Komander Rejimen 508 Askar Wataniah yang berpangkalan di Kem Rasah, Negeri Sembilan.

Ulasnya di parlimen tempoh hari, hasrat beliau disebalik perletakan jawatan ini adalah kerana kehadiran beliau di dalam askar wataniah dan Tentera Darat Malaysia tidak lagi diundang seterusnya memilih untuk mengundur diri.

Beliau juga pernah mengikuti kursus asas perajurit muda selama sebulan pada 26 April 2010 di Rejimen 508 dan kursus asas payung terjun pada 13 Januari 2011 di Pusat Latihan Peperangan Khusus (PULPAK), Kem Sungai Udang di Melaka. Pengumuman perletakkan jawatan ini turut dikongsikan beliau di laman Twitter.