Batman boleh dikatakan sebagai superhero yang paling ramai peminatnya. Boleh dikatakan peminat Batman lebih ramai jika nak dibandingkan dengan peminat Superman berdasarkan undian yang dibuat sempena filem terbaru mereka iaitu Batman v Superman yang terbaru. Oh ya, sudahkah anda menonton filem terbaru ini? Jika tidak , tiada masalah kerana anda masih mempunyai masa untuk menonton dan kami tidak akan dedahkan spoiler disini.

Buat peminat Batman, pasti anda tertanya bagaimana rupa batcave dengan lebih dekat. Google nampaknya bijak mengambil peluang sempena menumpang promosi filem terbaru mereka dengan menyediakan rupa batcave Batman dengan lebih dekat melalui Google Maps.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejujurnya sebagai peminat Batman, pemandangan batcave yang disediakan pada Google Maps bukanlah yang paling sempurna tetapi sedikit sebanyak dapat memberi kepuasan buat peminatnya. Buat anda yang berminat untuk mengetahui pemandangan batcave melalui google maps boleh tekan di sini.