Hari terakhir 2021 ini eloklah saya kongsi tentang apa yang saya belajar sepanjang zaman COVID-19 ini khas untuk usahawan SME kecil seperti saya.

Sepanjang perjuangkan dan mempertahankan dua syarikat serentak, saya dapat simpulkan perkara-perkara ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
  1. Semua masalah ada penyelesaian, sentiasa cari worse case situation dan selesaikan isu ini dulu. Lain-lain akan dapat diselesaikan dengan mudah.
  2. Aset terbaik syarikat adalah staf. Pelaburan kepada staf adalah kunci kepada kejayaan satu syarikat. Saya berjaya bertahan kerana staf.
  3. Kepimpinan perlu dibuat dengan tenang tapi tegas dan pantas. Kepimpinan sentiasa boleh diperbaiki.
  4. Apabila ada masalah, sentiasa dengar dari kedua dua pihak. Akan ada 3 jawapan iaitu, pihak 1, pihak ke 2 dan pihak ke-3 iaitu perkara sebenar.
  5. Jangan berniaga kalau tak berani ambil apa-apa risiko. Segalanya tentang perniagaan adalah berisiko. Berbeza dengan saham dimana boleh cut loss pada kadar tertentu, kita tak boleh kawal secara tepat kerugian berniaga. Rugi itu sudah pasti.
  6. Sebagai company kecil, dalam berniaga sentiasa fokus pada berniaga, jangan salahkan pihak lain seperti kerajaan, covid atau lain-lain. Sebab tiada siapa akan dengar apa yang kita adukan.
  7. Rugi sebulan dua bukan bermaksud kita rugi setahun selagi kita ada rancangan. Ramai rugi sebulan dua dan sudah putus asa.
  8. Boleh dengar nasihat orang yang nasihat kita, tapi jangan buat apa disuruh selagi dia bukan bidang kita. Dia kaya sebab lain.
  9. Apabila kita mencari nasihat orang lain, sebenarnya kita sentiasa lebih tahu tentang perni kita sendiri. Kita cari sebab kita perlu kuatkan pendapat kita.
  10. Cash flow tersepit bukan masalah selagi kita ada ilmu cari duit.
  11. Bila tak cukup duit jalankan perniagaan, duit sentiasa ada dimana-mana. Loan, pinjam, orang bagi dana, pelabur sebagai contoh. Kita saja yang belum cukup ilmu dan terdesak untuk cari.
  12. Jangan takut ambil pinjaman. Walaupun saya sendiri tak pernah ambil. Semua syarikat korporat besar ada pinjaman besar. Beza kita dan mereka adalah mereka tahu macamana nak menguruskan wang tersebut.
  13. Ahli perniagaan yang tunjuk setiap masa kereta/kemewahan untuk jana income business mereka 99% tak betul.
  14. Jangan kejar kekayaan, duit tak akan cukup dan habis. Ramai cakap kalau saya nak kejar duit sampai ada 1 juta, saya akan infaq dan buat macam-macam lagi. Hakikatnya, bila ada 1 juta, mereka tak akan berani buat satu benda pun.
  15. Kejar ilmu adalah pelaburan yang terbaik. Esok lusa kita akan jatuh. Tapi kita tak akan takut, sebab ada ilmu untuk bangkit semula.
  16. Jangan kisah apa orang kata tentang kita. Benda paling buang masa adalah fikirkan apa yang orang kata tentang kita. Saya tak pernah kisah orang kata saya orang jenis bagaimana.
  17. Pakai baju lama/sama adalah cara terbaik untuk elakkan buang masa bersiap. Pernah orang kata saya pakai baju sama dan kedekut. Cari jalan untuk jimatkan masa kita bersiap.
  18. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain. Semuanya sebenarnya adil. Dia mungkin kaya, kita dah ada anak bini sihat. Sentiasa ada sesuatu lebih pada diri kita. Semuanya adil.
  19. Jangan lawan dengan syarikat lain. Cukup ambil iktibar/idolkan. Sebab menganggu fokus kita. Dia buat signboard, kita yang tiada duit pun nak buat.
  20. Keluarga didahulukan, tapi bagi yang meniaga, staf adalah keluarga yang perlu dijaga. Periuk nasi mereka ditangan kita. Motivasi saya adalah jaga periuk nasi saya dan tanggungjawab saya.
  21. Jangan beli barang mewah yang kita ragu- ragu, sebab kalau ragu-ragu kita sebenarnya tak mampu.
  22. Perasaan mampu berbeza setiap orang. Pendapatan sama, harga berbeza. Apabila taraf kesedaran kita meningkat, kemampuan kita juga menurun walaupun pendapatan bertambah.
  23. Sentiasa mudahkan urusan orang lain untuk mudahkan urusan kita.
  24. Bermula sedikit lebih baik daripada tak buat apa apa.
  25. Kalau nak berniaga, jangan jadi manusia yang kumpul cerita ‘kawan saya buat itu ini.’ Akhirnya diri kita sendiri tak buat apa-apa. Padahal semua benda kita dah tahu. Rugi dan buang masa. Mula terus apabila dah diajar kawan.
  26. Duit kita sebenarnya bukan duit kita kalau difikirkan lebih jauh.
  27. Tiada duit minggu ini bukan bermaksud kita tiada duit selamanya kalau kita tahu bagaimana nak dapatkan duit minggu depan.
  28. Hidup ini singkat. Ambil peluang atau risiko jika perlu kejar impian. Situasi jika buat lebih baik daripada tidak buat apa apa.
  29. COVID-19 tidak akan hilang esok, abaikanlah wabak ini dan teruskan hidup selagi kita jaga SOP dan berserah. Jangan disebabkan takut, kita hilang fokus kembangkan perniagaan. Situasi wabak hari ini sentiasa lebih baik daripada Perintah Kawalan Pergerakan 1 (PKP 1) dimana kita belum ada vaksin dan tidak memahami tentang COVID-19.
  30. Khabar angin sentiasa khabar angin kalau kita sudah bersedia lebih awal.
  31. Kalau kita ada keluarga dan berniaga, ambil hibah akan buat kehidupan kita lebih baik dan mudah.
  32. Sentiasa labur pada sesuatu untuk buat duit. Kalau rasa iPhone 13 Pro Max itu membantu kita cepat dan mudah buat duit, harga mahal bukan masalah.
  33. Sentiasa labur pada komputer/telefon yang digunakan staf untuk outcome business lebih baik. Saya dulu pakai PC murah sampailah saya sendiri sedar bagaimana ini punca kita lambat growth.
  34. Setiap risiko boleh dikawal kalau kita ada perancangan awal.
  35. Apabila kita gagal buat jualan tapi dapat kumpul data prospek, bukanlah bermaksud kita rugi.
  36. Data dalam perniagaan adalah segalanya. Data beri kita keberanian untuk pergi ke langkah seterusnya.
  37. Sentiasa invest pada software yang mampu permudahkan kerja dan untuk kita baca data lebih baik.
  38. Ramai suka bagi nasihat percuma kerana mereka lagi tua. Nasihat percuma daripada orang makan garam dulu tidak valid di zaman ini. Berpada-pada ambil nasihat.
  39. Berguru/bermentor dengan mereka yang selalu buat silap. Belajar tentang kesilapan mereka supaya kita jimat masa & tidak ulang kesilapan itu.
  40. Kita boleh sedih dan tertekan tapi tetapkan dalam satu period. Contoh 3 jam sedih, move on dan teruskan bekerja. Jangan buang masa dengan perasaan yang menganggu fokus.
  41. Kumpulan yang betul akan bantu shortcut business kita. Kumpulan yang salah akan buang masa kita.

Segala yang saya tulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan berdasarkan ilmu-ilmu yang dikongsikan kepada saya daripada sahabat-sahabat sebelum ini. Terima kasih 2021.

10 nasihat terbaik untuk Zahra dan generasi muda Malaysia tentang duit. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

10 Nasihat Terbaik Untuk Zahra Dan Generasi Muda Malaysia Tentang Duit

Ayat Nasihat Paling Tepat Untuk Anak Muda Di Universiti. Ibu Bapa Juga Wajib Baca

Lebih ‘Makan Garam’, Nasihat Pak Utih Di TikTok Ini Raih Perhatian Bakal Suami