Seorang lelaki warganegara Malaysia yang berusia 24 tahun telah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun di Singapura pada 9 Jun 2021 disebabkan kesalahan membunuh pada 11 Mac 2019 yang lalu.

Dilaporkan oleh Mothership SG, lelaki Malaysia yang dikenali sebagai Yee Jing Man telah bertindak menyerang dua orang lelaki di mana salah seorang terbunuh dan seorang lagi cedera dalam kejadian terbabit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia kemudiannya mengaku bersalah atas tuduhan membunuh Lin Xinjie, berusia 29 tahun dan menyebabkan luka parah Li Mingqiao, berusia 30 tahun yang dipukul menggunakan senjata berbahaya.

Difahamkan bahawa kedua-dua mangsa yang dibunuh dan dipukul sehingga parah merupakan pengarah syarikat tempat Yee bekerja. Dia difahamkan telah menderita penyakit kemurungan yang serius sehingga tidak sedar dengan apa yang dilakukan olehnya.

Selain daripada tuduhan membunuh dan mencederakan mangsa. Yee juga menghadapi lapan tuduhan lain, termasuk empat tuduhan menahan orang tanpa sebab. Dia juga telah dituduh membuat ugutan jenayah kepada pengarah syarikat ketiga, Ryan Pan Zai Xing berusia 29 tahun yang selamat daripada kejadian terbabit.

Yee juga difahamkan telah menahan rakan kerjanya yang lain dengan menyekat pintu masuk utama dengan meja dan kerusi. Dia kemudiannya mengancam mereka dengan pisau dan mengungut rakan sekerjanya untuk tidak menelefon polis.

Yee kemudiannya bertindak ganas dengan menikam perutnya sendiri dan menghiris pergelangan tangannya dengan pisau dalam cubaan membunuh diri. Namun Yee berjaya diselamatkan semasa polis sampai ke tempat kejadian.

Berkhayal Membunuh Majikan

Menerusi fakta kes, Yee difahamkan sudah lama berkhayal untuk membunuh majikannya setelah prestasi kerjanya mula merosot sejak beberapa tahun kebelakang.

Pada permulaan karier Yee di sana pada Mac 2017, dia telah berjaya menawan hati majikan disebabkan prestasi kerjanya yang baik. Dia kemudiannya dipindahkan untuk duduk di bawah pengarah Lin dan pernah menerima hadiah sebanyak S$ 999 pada Tahun Baru Cina disebabkan prestasinya yang baik.

Namun, selepas satu tahun setengah di sana, pekerjaan yang dilakukan Yee mula merosot. Pada September 2018, dia kerap tidak datang ke tempat kerja dan tidak hadirkan diri selama 69 hari antara 1 Disember 2017 sehingga 12 Mac 2019.

Disebabkan prestasi kerja yang menurun, Yee sering dimarahi oleh Lin dan dia juga sering disindir oleh majikannya.

Sejak daripada kejadian itu, pada Februari 2019, Yee sudah mula berimaginasi untuk membunuh majikannya dengan pisau. Difahamkan bahawa dia juga sudah mula berfikir untuk membunuh dirinya sendiri setelah melakukan pembunuhan itu dengan tujuan mahu lari dari penguatkuasa undang-undang.

Dan pada 11 Mac 2019, kira-kira tepat jam 12.55 tengah hari, Yee bertindak mengambil nyawa majikannya dengan menggunakan pisau. Dia menetak belakang majikannya beberapa kali dan menghiris leher, lengan dan jari telunjuk kanan majikannya.

Sejam selepas kejadian, Yee ditahan oleh pihak polis dan dibawa ke hospital untuk merawat luka akibat mencederakan dirinya sendiri.

Wanita dibunuh masa tengah buat ‘live’, bekas suami pecah masuk rumah dan bakar mangsa. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Dibunuh Masa Tengah Buat ‘Live’, Bekas Suami Pecah Masuk Rumah Dan Bakar Mangsa

Rugi Main Saham, Lelaki Di China Bunuh Diri Terjun Ke Dalam Tangki Berisi Besi Cair

Satu Keluarga Terbunuh Akibat Perbuatan Ibu Tak Jujur Hasil Ujian Positif COVID-19

Sumber