Khazanah Nasional Berhad sedang dalam proses menutup pejabat mereka di Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai sebahagian daripada rancangan untuk mengurangkan kos operasi organisasi tersebut.

Pengarah Urusan, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata dengan langkah itu akan membolehkan sayap pelaburan kerajaan itu menjimatkan kira-kira RM20 juta setahun dari segi kos sewaan. Tambah beliau lagi, tidak ada keperluan untuk Khazanah mempunyai dua pejabat di Kuala Lumpur (satu lagi di KL Sentral).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam satu temu bual bersama FMT, beliau berkata “Kami akan menggabungkan semuanya ke sebuah lokasi. Kami mungkin akan menutup (pejabat) di KLCC dan memindahkannya ke KL Sentral.”

Khazanah juga bercadang untuk menutup pejabatnya di luar negara yang dianggap tidak diperlukan. “Oleh yang demikian, Kami mungkin akan menutup sebahagian pejabat tersebut untuk membuat lebih banyak penjimatan,” ujar beliau dalam laporan Jawatan Kuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

PAC telah  mengenal pasti beberapa isu dalam pentadbiran dan pengurusan Khazanah berikutan kerugian yang dilaporkan sebanyak RM 6.3 bilion tahun lalu berbanding RM 2.9 bilion pada 2017.

Terdahulu, Khazanah dikatakan kerugian lebih RM80 juta dalam pelaburan bisnes pakaian dalam. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Khazanah Rugi Lebih RM80 Juta Dalam Pelaburan Bisnes Pakaian Dalam

Khazanah Nasional Berhad Labur Dalam Skyscanner Menjadikan Startup Itu Bernilai USD$ 1.6 Billion

Sumber