Mulai dibincang sejak awal Mei lalu, Axiata dan Telenor selaku syarikat induk kepada Celcom dan Digi pada awalnya dilaporkan telah mencapai kata sepakat untuk bergabung bagi menjadi penawar telekomunikasi terbesar di Malaysia.

Perbincangan melibatkan $13 bilion (RM52 bilion) dan 300 juta pengguna ini walau bagaimanapun dilaporkan telah ditamatkan pada September selepas kedua-dua syarikat gagal mencapai kata sepakat.

docdc4starint142353289
Sumber: The Star

Empat bulan berlalu, siapa sangka perbincangan antara Khazanah selaku pemegang saham terbesar Axiata dan Telenor diteruskan kembali selepas Khazanah sedia menjual pegangan saham Axiata kepada Telenor sekaligus memberi bayangan kedua-dua syarikat telekomunikasi ini bakal bergabung.

Gabungan kedua-dua syarikat ini sekaligus bakal membuka peluang kepada mereka dalam menawarkan jaringan telekomunikasi terbesar di beberapa buah negara sekitar Asia Tenggara.

Setakat ini, perbincangan yang dibuat masih belum mencapai kata putus manakala wakil daripada Khazanah, Axiata dan Telenor enggan mengulas mengenai perbincangan yang dibuat.

Ketahui lebih lanjut mengenai perbincangan Celcom dan Digi yang sebelum ini dilaporkan bakal bergabung. Turut dikongsikan, dakwaan YTL Communications yang pernah menawarkan internet ‘percuma’ buat KPM.

Syarikat Induk Celcom Dan Digi Dalam Perbincangan Untuk Bergabung

YTL Communications Dakwa Pernah Menawarkan Internet ‘Percuma’ Namun Ditolak KPM

Sumber