Syarikat Induk Cabang Pelaburan Kerajaan Malaysia Khazanah Nasional Berhad telah melabur ke dalam sebuah e-commerce pakaian dalam terkenal India Zivame. Dalam siri C funding tersebut Zivame berjaya mendapatkan pelaburan 2.5 billion rupee (RM161 juta).

Selain itu Zodius Technology Fund, Unilazer Ventures, IDG ventures dan Kalaari Capital juga mengambil bahagin dalam siri funding tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dana yang diterima akan digunakan Zivame untuk terus menguasai niche pakaian dalam dan menawarkan pengalaman membeli belah pakaian dalam bertaraf dunia kepada pelanggan khususnya wanita India.

Syarikat pakaian dalam itu mensasarkan untuk mendapatkan lebih ramai wanita membeli belah secara online, menawarkan lebih banyak produk, meningkatkan kualiti sokongan pelanggan dan membina platform yang inovatif dalam kategori tersebut.

“Di seluruh dunia, pakaian dalam antara kategori produk yang sangat menarik dalam segmen pakaian perempuan. Wanita India yang lebih yakin daripada sebelum ini, menjadikan pakaian dalam sebagai salah satu cara untuk meluahkan keperibadian diri.

“Perempuan mahu kelihatan dan berasa cantik, dan mempunyai kebebasan ekonomi untuk berbelanja besar pada pakaian dalam yang dia tidak pernah ada akses untuk membeli sebelum ini. Zivame adalah pemangkin kepada perubahan ini dengan menggunakan teknologi untuk memahami perempuan dengan lebih baik dan menyediakan pengalaman membeli pakaian dalam yang sukar ditandingi,” kata founder dan CEO Zivame Richa Kar.

Pengarah eksekutif pelaburan Khazanah India Advisors, China Bhagat, dilaporkan berkata “Khazanah Nasional sangat gembira untuk meyokong Richa dan tim Zivame dengan misi mereka untuk memperkasakan wanita dalam dan di luar India.

“Dengan kehadiran Khazanah, keperluan dana Zivame ini dijangka menjadi selamat sepenuhnya untuk masa akan datang, dan tumpuan akan diberikan untuk menyokong mereka dalam membina keupayaan institusi mereka pada masa akan datang.

“Walaupun Khazanah telah melabur melebihi US$1 billion (RM4.25 billion) di India, ini adalah pelaburan pertama dalam e-commerce.”

Diasaskan pada penghujung 2011, Zivame mempunyai lebih 5,000 jenis pakaian dalam, 50 jenama dan 100 jenis saiz.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram