Jika anda kaki travel, pasti familiar dengan laman web Skyscanner ini. Ia adalah sebuah enjin carian pelancongan yang popular untuk mendapatkan perbandingan harga antara syarikat yang menyediakan perkhidmatan tiket kapal terbang, hotel dan kereta sewa. Skyscanner bermula pada tahun 2003 dan mula mendapat keuntungan sejak 2009 sedang mendapat kunjungan 50 juta orang setiap bulan walaupun terpaksa menghadapi persaingan dari pesaing lain seperti Kayak, Expedia, Google Flights dan syarikat Cina iaitu Qunar dan Ctrip.

skyscanner

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini, syarikat yang berpengkalan di Edinburgh, United Kingdom telah bernilai USD$1.6 billion selepas menerima pembiayaan baru lebih kurang USD$192 juta dari penyokong baru termasuk Khazanah Nasional Berhad dan Yahoo! Japan. Pengurus dana Artemis, pengurus pelaburan bebas Baillie Gifford, dan firma ekuiti peribadi Vitruvian Partners juga terlibat.

Syarikat pelabur sudah memasukkan SAP dan Sequoia. Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pusingan baru terdiri daripada hasil primary and secondary dan setiap pelabur akan memperoleh pegangan yang tidak didedahkan di Skyscanner. Gareth Williams, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif Skyscanner memberitahu kepada Financial Times bahawa modal baru ini akan memberikan kelebihan kepada pemegang sahamnya di mana mereka boleh menjual beberapa saham mereka tanpa keluar sepenuhnya dari Skyscanner.

Selama tiga tahun usaha Skyscanner menembusi pasaran Asia, mereka telah melakukan kerjasama dengan enjin carian terbesar China iaitu Baidu dan Yahoo! Japan, membuka 2 pejabat di China dan 1 di Singapura dan mengambilalih startup carian pelancongan Cina iaitu Youbibi untuk meningkatkan kehadiran mereka di Asia.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber