Khazanah Nasional Bhd mencatatkan keuntungan daripada operasi sebanyak RM1.6 bilion pada 2022, lebih dua kali ganda daripada RM670 juta pada tahun sebelumnya.

Peningkatan ini disumbangkan terutamanya oleh aktiviti pengewangan dan kemerosotan nilai yang lebih rendah dalam portfolio, kata dana mahsul negara.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Manakala hutang Khazanah meningkat kepada RM49.1 bilion berbanding RM48.5 bilion pada tahun sebelumnya, manakala nilai aset boleh direalisasi berbanding nisbah hutang kekal sihat pada 2.7 kali ganda.

Nilai aset bersihnya menyaksikan penurunan sebanyak 5.0 peratus daripada RM86 bilion pada 2021 kepada RM81 bilion pada 2022 disebabkan oleh aliran menurun pasaran global.

Khazanah mengisytiharkan dividen RM500 juta untuk 2022 kepada kerajaan dengan dividen kumulatif diisytiharkan sejak 2004 berjumlah RM17.1 bilion.

“Walaupun keadaan pasaran yang mencabar di peringkat global, kami memberikan prestasi yang memuaskan pada tahun penuh pertama melaksanakan strategi baharu kami,” kata pengarah urusan Khazanah Datuk Amirul Feisal Wan Zahir pada sidang media mengenai prestasi 2022 hari ini.