Setelah berakhirnya kemelut politik di negara kita baru-baru ini, Khazanah Nasional pada hari ini telah mengumumkan jumlah keuntungan keseluruhaan sepanjang tahun 2019.

Jumlah keuntungan yang direkodkan bagi Kazanah Nasional Bhd diumumkan sebanyak RM7.36 bilion dimana jumlah ini ternyata mengejutkan pelbagai pihak melihatkan kepada pelbagai cabaran ekonomi dunia yang terpaksa ditempuhi sepanjang tahun lepas.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

87952521_10222212459729310_444968039318814720_o

Sebagai perbandingan, laporan pada tahun 2018 menunjukkan Khazanah Nasional menanggung kerugian operasi sebanyak RM 6.27 bilion manakala tahun 2019 mencatatkan keuntungan syarikat tertinggi sepanjang sejarah penubuhan. Jumlah hutang juga turut dikurangkan sebanyak 17% daripada RM55.2 bilion kepada RM45.8 bilion.

Menurut Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, hasil daripada pelupusan meningkat kepada RM9.9 bilion berbanding RM1.4 bilion manakala rosot nilai berada pada RM4.9 bilion berbanding RM7.3 bilion pada tahun sebelumnya. Khazanah Nasional turut mengumumkan dividen sebanyak RM1 bilion bagi tahun 2019.

14379968_1486098491407496_3995676028808428543_o
Sumber: Bandar UAB

Mengulas pada unjuran keuntungan pada tahun ini, Datuk Shahril Ridza Ridzuan mengatakan tahun ini bakal menjadi tahun yang mencabar buat mereka memandangkan keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan ditambah pula dengan penularan COVID-19.

Walau bagaimanapun, pihak Khazanah akan terus memperlbagaikan lagi dana komersial serta bekerjasama dengan kerajaan dalam meningkatkan jumlah keuntungan syarikat ini. Tahniah diucapkan buat Khazanah Nasional Bhd diatas rekod keuntungan yang dicapai.

Kami kongsikan kepada anda dividen KWSP dan ASB yang diumumkan sebelum ini bagi tahun 2019.

KWSP Umum Dividen 5.45% Bagi Simpanan Konvensional, Agihan Terendah Sejak 2008

ASB Umum Dividen 5.5 Peratus, Agihan Terendah Sejak 1990