Baru sahaja selepas Khazanah dikaitkan dengan spekulasi melibatkan perlantikan Perdana Menteri serta menteri kabinet sebagai pengerusi dan pengarah Khazanah, nampaknya sebuah lagi masalah telah berlaku.

Terbaru, Khazanah Nasional Bhd dikatakan telah menanggung rugi sebanyak $20 juta (RM81.29 juta) selepas pelaburan bisnes melibatkan penjualan pakaian dalam perempuan gagal.

maxresdefault

Berdasarkan isu yang berlaku, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengatakan isu yang berlaku ini tidak lagi harus terjadi. Tambahnya lagi, beliau turut terkejut dengan rundingan equiti swasta secara terus bersama pihak bank tanpa persetujuan Khazanah Nasional Berhad.

Difahamkan kini pihak kerajaan sedang dalam proses untuk mencari solusi terbaik buat Khazanah Nasional Bhd dalam usaha untuk menstabilkan pertubuhan ekonomi negara.

Sumber