Laporan berita dari media Berita Harian baru-baru ini mendapat perhatian orang ramai di media sosial apabila kebanyakan netizen bersetuju bahawa khemah sewa yang didirikan di sepanjang Pantai Teluk Kemang menganggu pemandangan indah di kawasan tersebut. Sebahagian daripada pengunjung yang ditemuramah oleh Berita Harian turut merasa rimas.

Salah seorang pengunjung, Johar Ahmad berkata bahawa dia merasa bahawa kawasan pantai itu hilang ‘seri’ apabila kebanyakan khemah didirikan sehingga menutup pemandangan pantai. Dia berkata bahawa kebanyakan keluarga tidak dapat bersantai di tepi pantai kerana sepanjang kawasan pantai tersebut dipenuhi khemah sewa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Bukan semua orang mampu sewa khemah dan kami pun paling lama hanya dua jam mandi laut, tetapi pemandangan cantik hilang dan lebih parah kami tak nampak anak yang sedang mandi kerana terlindung daripada pandangan,” kata bapa kepada lima anak berusia antara tiga hingga 15 tahun itu.

Salah seorang netizen di Facebook turut berkongsi pandangan beliau, “Kalau pergi mana-mana pantai di Malaysia, masih belum ada lagi yang pacak khemah sewa ini. Sebenarnya benda ini menganggu dan annoying.”

Manakala salah seorang netizen turut mendakwa bahawa kehadiran khemah di kawasan Pantai Teluk Kemang tidak mencantikkan kawasan itu, tetapi lebih kepada ‘menyemakkan’, “Semak juga bila didirikan khemah di tepi pantai ini, ganggu orang nak layan suasana pantai,” katanya.

Melalui laporan Berita Harian, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Mohd Zamri Mohd Esa bahawa peningkatan kehadiran pengunjung ke Pantai Teluk Kemang ini terjadi disebabkan cuti sekolah dan perayaan Tahun Baharu Cina.

Selain itu, pihak MPPD turut mengesahkan bahawa mereka sentiasa memantau situasi di kawasan Pantai Teluk Kemang, “Keputusan untuk membenarkan peniaga khemah berniaga sekiranya terdapat permintaan daripada pengunjung masih kekal. Perkara ini sentiasa dalam pemantauan MPPD dan dijangkakan keadaan akan kembali seperti biasa apabila cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina berakhir pada minggu ini,” katanya.

4 sebab utama anda tidak akan menyesal menginap di Lexis Hibiscus Port Dickson. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

4 Sebab Utama Anda Tidak Akan Menyesal Menginap Di Lexis Hibiscus Port Diskson

Syarikat Dari China Berminat Untuk Beli Avillion Port Dickson Dengan Harga RM382 Juta

9 Resort Atas Air Dengan Suasana Romantis Untuk Bulan Madu Di Malaysia