Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini menyaksikan ramai dalam kalangan rakyat Malaysia dan seluruh dunia secara am-nya terpaksa bekerja dari rumah atau work from home.

Walaupun work from home atau WFH ini pada kebanyakan masa memberi kebebasan kepada pekerja, namun ada ketikanya ia sangat sukar untuk dilakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Terutama buat mereka yang mempunyai anak kecil dan ahli keluarga yang berkumpul di rumah lebih-lebih lagi di musim PKP ini.

Funny-Memes-on–Work-from-Home–1584529411-1061

Menyedari masalah ruang bekerja yang tidak selesa di rumah, sebuah syarikat dari Jepun ini tampil dengan ciptaan terbaru mereka yang dikenali sebagai khemah privasi.

Secara teknikalnya ia bukanlah inovasi baru yang tidak pernah dilihat sebelum ini dan rupanya juga tidak ubah seperti khemah yang biasa kita lihat sebelum ini.

photo_2020-04-15_09-43-37

photo_2020-04-15_09-52-57

Namun khemah privasi yang ditawarkan dengan harga 7,980JPY (RM322.74) ini dicipta untuk membolehkan pengguna meletakkan meja dan kerusi bagi melakukan kerja-kerja mereka.

Saiznya yang tidak terlalu besar untuk dipasang juga bakal memberikan anda kebebasan untuk WFH di mana-mana ruang di rumah tanpa gangguan daripada keluarga dan anak-anak.

photo_2020-04-15_09-47-51

Anda juga tidak perlu risau untuk menyimpan khemah ini selepas menggunakannya kerana seperti khemah-khemah lain yang tersedia di pasaran sebelum ini, ia juga boleh dilipat menjadi dan dimuatkan ke dalam beg.

Dengan ciri simpanan yang praktikal ini, khemah ini mungkin menjadi salah satu penyelesaian terbaik buat anda yang mengalami masalah melakukan work from home ketika ini.

photo_2020-04-15_09-57-21 photo_2020-04-15_09-57-19

Mungkin selain daripada WFH, khemah ini juga boleh digunakan sebagai ruang privasi buat mereka yang ingin menonton rancangan kegemaran di Netflix dan juga bermain online game tanpa gangguan.

Walaupun ia bukannya sebuah kotak yang mampu menghalang terus komunikasi kita dengan orang lain di sekeliling namun setidaknya ia mampu untuk memberi privasi yang diperlukan ketika melakukan kerja dan berhibur.

Baca perkongsian kami sebelum ini untuk melihat rekaan konsep iPhone terbaru yang dijangka dikeluarkan Apple tidak lama lagi. Klik pautan di bawah untuk membaca. 

Tonton Rekaan Konsep iPhone 12 Pro Yang Bakal Dilancarkan Apple

Thermomix, Mesin Bernilai RM7,188 Yang Jadi ‘Mimpi Ngeri’ Buat Para Suami

Sony Perlihatkan Rekaan Terbaru ‘Controller’ PlayStation 5

Sumber