Kerajaan akan memperkenalkan satu mekanisme baharu yang membolehkan perkhidmatan pegawai kerajaan berprestasi rendah ditamatkan lebih awal.

Tan-Sri-Mohamad-Zabidi-Zainal
MOHAMAD ZABIDI ZAINAL / Sinar Harian

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, mekanisme baharu yang dikenali sebagai dasar pemisah atau exit policy itu bertujuan memastikan setiap penjawat awam memenuhi kehendak rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan terbaik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Penjawat awam sebagai tulang belakang dan penggerak utama kepada setiap dasar dan polisi yang telah diputuskan oleh kerajaan, mereka wajar memiliki integriti dengan cerminan produktiviti yang tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas mengenai Bajet 2016, beliau mengajak seluruh penjawat awam untuk menzahirkan rasa bersyukur atas keprihatinan kerajaan dalam memperuntukkan pelbagai insentif kepada sektor terbabit.

Katanya, dalam bajet tersebut kerajaan telah meluluskan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred kepada 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan sebanyak RM1.1 bilion.

“Selain itu, dalam bajet tersebut turut disentuh mengenai penambahbaikan 252 skim perkhidmatan yang memberi faedah kepada 406,000 penjawat awam dan penetapan gaji permulaan terendah kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan sebanyak 60,000 penjawat awam.

“Turut disentuh ialah mengenai pemberian khas penjawat awam sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan RM250 kepada pesara awam yang mana kedua-dua bayaran ini berjumlah hampir RM1 bilion dan akan dibuat pada bulan Januari tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, katanya, keprihatinan kerajaan dalam Bajet 2016 turut dizahirkan dengan memberi perhatian kepada kelompok B40 dan M40 menerusi beberapa pengumuman penting.

BACA: Berbaju Kurung Di Milan, Tanpa Sedar Gadis Melayu Ini Jadi Tumpuan Ramai

BACA: Sukar Nak Percaya Ini Hanya Latihan UTK Bukit Aman. Memang Real!

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber