Khidmat Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) telah ditamatkan serta-merta berdasarkan sekeping surat daripada Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Dalam surat bertarikh 26 Mei 2021 itu, Menteri Kewangan bersetuju agar perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana ditamatkan berkuat kuasa serta-merta.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah bersetuju agar perkhidmatan YB Dato’ Sri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuat kuasa serta merta.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah YB Dato’ Sri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat,” kandungan yang terdapat dalam surat berkenaan.

Berdasarkan laporan The Star, salah seorang pegawai di Kementerian Kewangan mengesahkan surat berkenaan sahih ketika ditanya kesahihan surat tersebut.

Ini beberapa artikel lain berkaitan insiden kemalangan antara dua tren yang melibatkan 213 penumpang. Baca lagi pada pautan di bawah.

Pemandu ‘Cuai’ Bawa Salah Arah Jadi Punca Kemalangan – Menteri Pengangkutan

Dilengkapi Teknologi Pembersihan Udara, Pelitup Muka Bernilai RM1,699 YB Tajuddin Jadi Perhatian Netizen

Netizen Tidak Setuju Mangsa Kemalangan LRT Hanya Diberikan Pampasan RM1,000