Bagi kaki torrent, berita ini pasti membuat anda berduka. Founder untuk KickassTorrents, Artem Vaulin telah ditangkap oleh pihak berkuasa di Poland.

Artem yang berusia 30 tahun telah disabitkan dua kesalahan iaitu jenayah dalam copyright infringement dan konspirasi dalam pengubahan wang haram.

Mala Mala Serve 1
HYPE
Keunikan Rasa ‘Pedas Kebas’ Yang Sedap Di Mala Mala
Baca lagi →

Artem dikatakan pengasas untuk website KickassTorrents yang mula beroperasi pada tahun 2008. Beliau ditahan dan disabitkan kesalahan di Amerika Syarikat kerana server untuk website itu berpengkalan di Chicago.

KickassTorrents adalah lebih popular dari laman torrent The Pirate Bay tetapi setakat ini berjaya beroperasi tanpa sebarang masalah sehinggalah hari ini. Dikatakan website berkenaan menerima 50 juta pengunjung setiap bulan.

Buat masa sekarang, laman KickassTorrents tidak boleh diakses. Mungkin akan ada website mirror untuk KickassTorrents dalam beberapa hari nanti? Kita tunggu dan lihat. RIP KickassTorrents.

Anda Mungkin Suka