Syabas diucapkan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Sepiling, Baram kerana berjaya memenangi Anugerah Bercerita Terbaik di Kid Witness News (KWN) Sidang Kemuncak Global 2017 di Tokyo, Jepun baru-baru ini. KWN merupakan program pendidikan yang dianjurkan oleh Panasonic Corporation yang direka bertujuan membantu produksi video dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah di seluruh dunia dengan bertemakan ‘Dunia Menerusi Mata Mereka’.

Usaha kreatif menghasilkan video berjudul ‘The Power Of Hands’, yang berkisahkan mengapa manusia perlu menghargai tangan, pemberian Tuhan yang tiada nilainya ini bukan sahaja berjaya menewaskan 18 percalonan dari negara lain, malah secara tidak langsung memperkenalkan Bahasa Kayan dan Iban kepada dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Muhammad Saffuan Jaffar, selaku guru matematik di sekolah tersebut berkata, video ini adalah hasil idea empat pelajarnya iaitu Anilov Fabien Tingang,13, Juwita Ulean, 12, Fiona Fredick, 12, dan Michael Nyamun, 11, dengan dibantu oleh guru mereka. Menariknya, usaha penghasilan video ini bukan sahaja dibantu oleh pihak guru dan kakitangan sekolah, malah penduduk kampung juga turut sama menjayakannya.

Buat pengetahuan anda, SK Sepiling yang terletak di Daerah Kecil Baram ini hanya mempunyai 9 orang murid dan 11 guru (termasuk guru besar). Perjalanan ke sekolah tersebut perlu menggunakan bot ekpress selama tiga jam dari Marudi. Apa yang lebih membanggakan, meskipun terletak di tempat terpencil, ini bukan alasan untuk mereka tidak berjaya hingga dikenali dunia.

Sumber