Kalau sebut nama Kikuo Ibe pasti ramai yang tak kenal. Bagi yang tak biasa dengar nama ini, beliaulah founder kepada siri jam G-Shock yang menjadi kegilaan di seluruh dunia ini.

Kikuo Ibe adalah chief engineer bahagian R&D Casio. Semuanya bermula apabila jam tangan beliau jatuh ke lantai dan pecah. Pada tahun 1981, beliau menubuhkan Team Tough untuk bersama-sama menghasilkan jam tangan yang tahan lasak untuk Casio.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pelbagai idea dikeluarkan oleh Team Tough untuk mnghasilkan jam tangan yang tahan hentakan, tahan lama serta dapat bertahan dalam pelbagai jenis cuaca. Jadi Ibe mendapat idea untuk membuat jam tangan daripada getah apabila bebola getah yang dijatuhkan ke lantai melantun dan dapat menyerap hentakan dengan baik.

The rest is history. Casio sangat bertuah kerana mempunyai seorang yang sangat visionary seperti Ibe. Buat peminat setia G-Shock, tahukah anda Kikuo Ibe akan datang ke Malaysia minggu hadapan? Ini bukanlah kali pertama Ibe datang ke Malaysia dan mungkin ada yang terlepas untuk bertemu Ibe secara face to face sebelum ini.

Beliau akan berada di butik G-SHOCK 1Utama pada 20th September minggu hadapan. Kalau hendak bergambar dan tandatangan dari beliau, kena ikut langkah di bawah ini.

Bukan selalu Ibe nak turun ke Kuala Lumpur. Kalau anda ke Jepun pun, tak tentu dapat bertemu beliau atau pun tidak. Nanti bolehlah tengok Ibe pakai G-Shock model apa datang ke Malaysia. Mana tahu beliau sarung Frogman Murakami, boleh tengok secara dekat jam G-Shock paling rare di dunia ini.