Nestle (Malaysia) Berhad mengumumkan pelaburan lebih RM100 juta untuk pembinaan kilang MILO di Chembong, Negeri Sembilan. Kilang tersebut akan menjadi Pusat Kecemerlangan Pengilangan MILO terbesar di dunia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Alois Hofbauer pembinaan kilang tersebut adalah sebagai satu usaha pengembangan dan pengukuhan jenama tersebut di Malaysia. Operasi kilang di Petaling Jaya akan dipindahkan sepenuhnya di Chembong untuk memastikan proses pengukuhan berjalan dengan lancar.

Pembesaran kilang ini amat penting bukan sahaja dari segi sumbangan jualan dalam pasaran tempaatan malah untuk dieksport kepada lebih 20 buah negara yang lain di rantau ini. Di samping itu, pembukaan kilang terbesar itu juga nanti bakal dilengkapi dengan kemudahan teknologi yang lebih baik untuk meudahkan operasi dan pengeluaran produk.