Pada Februari tahun lalu, orang ramai berasa teruja apabila mendapat tahu ‘berita awal’ pembuat kereta mewah Jerman bakal membuka kilang di Kulim, Kedah. Selang enam bulan kemudian, Porsche mengesahkan mereka bakal membuka kilang pemasangan pertama di luar Eropah di negeri berkenaan.

Hari ini Porsche melakar sejarah pertamanya dengan memperlihatkan unit pemasangan tempatan yang pertama baru sahaja dilancarkan dari barisan pengeluaran di kilang pemasangan Sime Darby di Kulim, Kedah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org

Menurut syarikat dari Jerman itu, setakat ini model Cayenne merupakan satu-satunya model yang dipasang (unit CKD) di fasiliti ini bertujuan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan sahaja.

Kilang itu mempunyai 100% tenaga kerja tempatan yang telah dilatih secara menyeluruh oleh Porsche, dengan pengeluaran disokong oleh rangkaian pembekal dan penyedia perkhidmatan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata kumpulan itu berbesar hati dengan keyakinan berterusan Porsche terhadap Sime Darby kerana berjaya memenuhi standard kualiti, prestasi dan pengalaman pemanduan tertinggi Porsche.

“Kemudahan itu, yang 100% dikendalikan oleh rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi, bukan sahaja menyokong pertumbuhan perniagaan kami merentasi rantaian nilai automotif di Malaysia, tetapi juga mewujudkan peluang pekerjaan untuk memperkasakan masyarakat setempat,” katanya.

Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org

Manakala Ahli Lembaga Eksekutif untuk Pengeluaran dan Logistik Porsche, Albrecht Reimold pula menyatakan tapak pemasangan baharu di Malaysia memenuhi keperluan pasaran khusus dan beroperasi bersama rangkaian tapak pengeluaran Porsche yang ditubuhkan di Eropah.

“Secara khususnya, ia memenuhi piawaian kualiti komprehensif yang ditetapkan oleh ibu pejabat syarikat apabila memasang kereta sport Porsche. Oleh itu, kemudahan pemasangan baharu bukan sahaja penanda aras dalam kecekapan dan kualiti, tetapi kemampanan juga diambil kira,” kata Reimold.

Berita baik ini sangat membanggakan ramai kerana Malaysia merupakan negara pertama dipilih oleh Porsche untuk membuka kilang pemasangan di luar Eropah sejak 74 tahun penubuhan syarikat Jerman itu.

Porsche Cayenne ‘Made in Kulim’ kini boleh didapatkan pada harga bermula RM550,000. Jika anda mahu menampakkan kereta itu lebih sporty dengan pakej ‘Exclusive Manufaktur‘, anda cuma perlu tambah RM58,000 sahaja. Anda boleh dapatkan info lanjut mengenai model SUV berkenaan di sini.

Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org
Sumber Gambar: Paultan.org

*Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Baca lagi berita-berita mengenai Porsche membuka kilang di Kulim yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

Porsche Pilih Kulim Untuk Bangunkan Kilang Pemasangan Kereta?

Porsche Sahkan Bakal Buka Kilang Di Kulim Pada 2022

Kulim Jadi Lokasi Pertama Pasang ‘Porsche Cayenne’ Luar Eropah, Harga Bermula RM550,000