Ramen atau mee segera versi Jepun keluaran kilang Sun Noodle ini ada cerita menarik.

  • Perniagaan berusia 30 tahun ini diuruskan oleh Kenshiro Uki sebagai Pengurus Besar.
  • Bapanya ,Hidehito Uki pula adalah Presiden syarikat ini.
  • Cef yang bertugas dalam Makmal Ramen juga adalah orang Jepun, Shigetoshi Nakamura.
  • Mesin memproses yang bersaiz besar dalam kilang ini adalah buatan Jepun.
  • Yang menarik tentang kilang ini ialah ia terletak di New Jersey, Amerika Syarikat !
  • Selain New Jersey, kilang Sun Noodle juga ada di Hawaii dan Los Angeles

Hebat bukan ? Mee Jepun tetapi Made In USA dan dipasarkan ke seluruh USA.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Nak tahu bagaimana bentuk kerinting ramen dihasilkan ?

Tunggu hingga minit 1:05

Itadakimasu !

Sumber : Bon Appetit

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram