Tiada yang mustahil jika ada kemahuan. Bagi apartment ini yang terletak di New South Wales, Australia, bangunan yang asalnya sebuah kilang teh pada tahun 1920an ini tidak menjadi penghalang untuk direka semula untuk dijadikan sebuah apartment yang cantik.

Bangunan Edwards & Co ini pada awalnya disewa oleh sebuah syarikat agensi pengiklanan. Josephine Hurley, arkitek untuk apartment ini dilantik untuk mengubah ruang sebesar 300 meter persegi menjadi sebuah apartment dua tingkat untuk dua tingkat teratas bangunan ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Surry-Hills-Apartment-Josephine-Hurley-21

Bahagian luar bangunan ini tidak langsung diganggu. Rekaan melengkung tingkap yang besar pada bangunan ini membolehkan banyak natural light menerangi apartment ini di waktu pagi. Palet warna yang digunakan seperti putih, kelabu lembut dan warna kayu yang dipilih menjadikan apartmen ini nampak sangat selesa dan tenang.

Rekaan batu bata dibiarkan dan menjadi sebahagian design apartment ini disamping menambah character rumah ini secara tidak langsung. Untuk menambah feel ‘kilang’ pada rumah ini, Josephine menambah paip pada dinding sebagai hiasan deco lampu.

Memang cantik finishing rumah ini. Elemen lama dan moden digabung dengan baik. Mungkin rumah ini boleh jadi inspirasi jika anda berminat untuk takeover mana-mana kilang di tempat anda.

Surry-Hills-Apartment-Josephine-Hurley-2

Surry-Hills-Apartment-Josephine-Hurley-7

Surry-Hills-Apartment-Josephine-Hurley-7a

Surry-Hills-Apartment-Josephine-Hurley-8

Surry-Hills-Apartment-Josephine-Hurley-14

Surry-Hills-Apartment-Josephine-Hurley-16

Surry-Hills-Apartment-Josephine-Hurley-17

Surry-Hills-Apartment-Josephine-Hurley-18

Surry-Hills-Apartment-Josephine-Hurley-19

Sumber