Nampaknya selepas 20 tahun beroperasi di Kelana Jaya menghasilkan cakera keras, Western Digital mengumumkan bakal menutup kilang mereka pada penghujung tahun hadapan.

Difahamkan penutup kilang ini dibuat selepas Western Digital berpihak untuk mengeluarkan lebih banyak produk berasaskan SSD dan NAND Flash berbanding HDD dimana kilang Western Digital Kelana Jaya merupakan pengeluar HDD.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

10c612eed9324baeb28e61a89a096171

Penutupan kilang ini juga bakal memberi peluang buat Western Digital menambahkan lagi rangkaian pengeluaran SSD di kilang Western Digital yang bertapak di Pulau Pinang.

Untuk pengetahuan anda, Malaysia merupakan negara terawal yang terlibat dengan penghasilan cakera keras Western Digital dimana syarikat ini turut mempunyai dua buah lagi kilang di Johor dan juga Sarawak.

Sumber