Eminem tahun ini senyap-senyap hadir dengan album terbaru, Kamikaze di mana album ini mendapat pujian daripada peminat beliau. Namun, tidak semua yang gembira dengan album Kamikaze ini.

Machine Gun Kelly (MGK) antaranya. Beliau terasa apabila Eminem ada memetik namanya dalam lagu Not Alike. Ini menyebabkan beliau menghasilkan satu diss track secara terus kepada Eminem bertajuk Rap Devil.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Selepas MGK membuat lagu khas ini untuk beliau, nampaknya Eminem nampaknya tidak duduk sahaja dan tidak sampai dua minggu, sudah siap lagu khas untuk MGK. Ianya diss track untuk menjawab lagu Rap Devil.

My biggest flops are your greatest hits
The game’s mine again and ain’t nothin’ changed but the locks

Peraturan pertama, jangan buat hal dengan seseorang yang membaca kamus di masa lapang kerana anda pastinya akan akan jauh ketinggalan. Jika anda membaca lirik lagu KILLSHOT, setiap baris lirik disusun umpama membaca sebuah cerpen.

MGK sudah dapat apa yang beliau mahukan, satu diss track khas untuk beliau. Beliau perlu berhenti di sini dan jika MGK membalas semula Eminem, ianya akan nampak seperti satu langkah yang desperate. Apa pun, Rap Devil adalah sebuah lagu diss yang hebat dan Eminem sendiri pastinya ‘terasa’ dengan lagu berkenaan.