Kim Jong Un telah mengeluarkan arahan kepada rakyat Korea Utara untuk mengurangkan makan selama tiga tahun akan datang. Perkara ini terjadi akibat penutupan sempadan di antara Korea Utara dan China sejak tahun lalu akibat wabak COVID-19 dan telah memberi kesan kepada bekalan makanan yang berkurangan, menurut Mirror.

Untuk pengetahuan anda, arahan ini hadir di tengah-tengah situasi di mana rakyat Korea Utara sedang berperang dengan kebuluran dan memerlukan masa yang panjang kerana bekalan makanan negara semakin berkurang. Arahan ini akan dikuatkuasakan sehingga 2025 dengan China dijangka tidak akan membuka sempadan dalam masa terdekat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Salah seorang rakyat Korea Utara yang bimbang dengan situasi semasa memberitahu Radio Free Asia bahawa dia khuatir tidak ramai rakyat Korea Utara yang mampu bertahan. “Dua minggu lalu, mereka memberitahu dalam mesyuarat dengan unit pemerhati kejiranan bahawa tempoh kecemasan makanan kami akan berterusan sehingga 2025,” katanya sambil menambah bahawa pembukaan sempadan di antara China dan Korea Utara dalam masa terdekat adalah sangat tipis.

“Situasi makanan sekarang sudah jelas [berada pada tahap] kecemasan, dan rakyat sedang bergelut dengan kekurangan [makanan]. Apabila pihak berkuasa memberitahu mereka bahawa mereka perlu berjimat dan mengambil sedikit makanan sehingga 2025…mereka tidak boleh berbuat apa-apa selain merasa sangat putus asa.

“Tidak percaya dan rasa benci [kepada] pihak berkuasa sedang berleluasa dalam kalangan penduduk kerana pada mesyuarat itu mereka berkata kita harus mengurangkan jumlah makanan yang kita makan dan perlu mengikat perut lebih lama daripada sebelumnya. Memberitahu kami untuk menahan sehingga 2025 adalah sama dengan memberitahu kami untuk mati kelaparan.”

Dunia telah mengetahui sejak sekian lama bahawa kekurangan makanan adalah perkara biasa di Korea Utara, namun wabak COVID-19 telah memburukkan lagi keadaan. Harga makanan kini dilaporkan telah melambung tinggi di bawah pemerintahan Kim Jong Un kerana mereka terpaksa bergantung harap pada makanan yang mereka sendiri hasilkan, yang dianggap tidaklah seberapa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu percaya Korea Utara dilanda kekurangan makanan kira-kira 860,000 tan atau kira-kira dua bulan. Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB baru-baru ini mendedahkan dalam laporan bahawa kira-kira 40 peratus penduduk negara itu kekurangan zat makanan.

Kerajaan beri kedutaan Korea Utara masa 48 jam untuk keluar dari Malaysia. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Kerajaan Beri Kedutaan Korea Utara Masa 48 Jam Untuk Keluar Dari Malaysia

Mampukah Korea Utara Hantar Peluru Berpandu Ke Malaysia? Ini Jawapannya

Hubungan Malaysia Dan Korea Utara, Kuasa Diplomasi Yang Ramai Belum Faham