Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menyebut K-Pop sebagai kanser dan menyifatkannya sebagai ancaman kepada anak muda di negaranya. Kenyataan itu dibuat oleh Kim Jong-un ketika berkempen menentang genre muzik yang berasal dari Korea Selatan.

Melalui media Korea Utara, Kim menyatakan bahawa generasi muda di negaranya telah meniru budaya jiran dan musuh mereka, Korea Selatan. Menurut Kim, gaya rambut, gaya bercakap, cara berpakaian, dan tingkah laku anak muda Korea Utara “diracuni” oleh Korea Selatan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kim menegaskan bahawa jika mereka membiarkan keadaan ini berlanjutan, Korea Utara akan runtuh seperti “dinding lembab”, lapor The New York Times.

Sumber Korea Utara memberitahu media asing bahawa Kim Jong-un kini sedang sibuk menerapkan dasar baharu bagi mengatasi pengaruh budaya asing.

Sebelum ini, The Vocket melaporkan bahawa Kim Jong-un telah melarang rakyatnya memakai seluar jeans ketat dengan gaya rambut barat.

Dia dilaporkan takut dengan pengaruh barat yang “meresap” ke dalam orang muda di negara Korea Utara, di mana katanya ia mampu menjatuhkan rejim Korea Utara.

The New York Times melaporkan bahawa Korea Utara meluluskan undang-undang baru Disember tahun lalu yang membolehkan hukuman 15 tahun dijatuhkan ke atas seseorang kerana menonton hiburan dari Korea Selatan.

Manakala baru-baru ini, rejim Kim Jong-un telah menjatuhkan hukuman mati seorang lelaki di hadapan 500 orang, termasuk keluarganya sendiri. Lelaki itu dihukum mati kerana menjual filem dan muzik dari Korea Selatan.

Kim Jong Un larang pakai seluar jeans ketat, dakwa fesyen mampu jatuhkan rejim Komunis. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kim Jong Un Larang Pakai Seluar Jeans Ketat, Dakwa Fesyen Mampu Jatuhkan Rejim Komunis

Kim Jong Un Hukum Bunuh Pegawai Korea Utara Kerana Beli Produk Murah ‘Made In China’

Kim Jong Un Perintah Anjing Peliharaan Ditangkap Dan Diserahkan Kepada Restoran Untuk Dimasak