Kim Jong-un, pemimpin tertinggi Korea Utara dilaporkan bersembunyi dari orang ramai kerana takut dijangkiti wabak COVID-19 selepas pengawal peribadinya disyaki mengidap wabak yang telah 3 juta orang di seluruh dunia.

Dia sebelum itu dilaporkan menghilangkan diri apabila gagal untuk hadir bagi meraikan ulang tahun mendiang datuknya, Kim Il-sung – pengasa Korea Utara – pada 15 April yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Spekulasi yang timbul sewaktu ketiadaan beliau adalah Kim dilaporkan sakit parah selepas menjalani pembedahan jantung. Terdapat juga spekulasi lain yang menyatakan bahawa pemimpin muda ini telah meninggal dunia.

Namun terbaharu, sumber terdekat dengan Korea Utara telah memberitahu sebuah akhbar Korea Selatan, JoongAng Ilbo; “Kim hilang dari pandangan umum kerana ada masalah dalam Komando Pengawal Tertinggi yang ditugaskan untuk menjaga pemimpin tertinggi Korea Utara.”

Sumber itu merujuk bahawa terdapat kes COVID-19 di kalangan anggota pasukan pengawal peribadi Kim yang ditugaskan untuk menjaga pemimpin tersebut.  Disebabkan itu, Kim mengambil keputusan untuk meninggalkan Pyongyang dalam usaha untuk melarikan diri dari wabak COVID-19 yang berlegar di sekitar pengawal peribadinya, lapor media Korea Selatan.

Negara yang terkenal dengan sifat berahsia ini telah menjadikan isu kehilangan Kim sebagai misteri dan setakat ini belum ada lagi yang dapat memastikan di mana Kim berada dan bagaimana keadaan beliau.

Semalam, New York Post melaporkan bahawa Kim telah mengirim surat kepada pekerja pembangunan yang bertanggungjawab membina tapak pelancongan baharu di Wonsan. Laporan ini telah diedarkan secara meluas oleh pasukan media Korea Utara bagi membuktikan bahawa Kim masih hidup dan tidak mempunyai apa-apa masalah.

Dalam masa yang sama, Daily Mail turut melaporkan bahawa diktator muda Korea Utara tersebut telah menghantar surat kepada Presiden Afrika Selatan. Ia menulis surat kepada Presiden Ramaphosa untuk menyatakan bahawa ikatan kedua-dua negara – Afrika Selatan dan Korea Utara – ‘semakin kuat’.

Kim kali terakhir dilihat di depan umum pada 11 April lalu ketika dia mengambil bahagian dalam pertemuan Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Buruh Korea.

Di tengah spekulasi mengenai tahap kesihatan Kim Jong-un, penasihat dasar luar Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, Chung-in Moon, mengesahkan bahawa pemimpin Korea Utara itu masih hidup.

“Kedudukan pemerintah kita kuat. Kim Jong-un masih hidup dan sihat,” katanya kepada Fox News pada hari Ahad.

Untuk bacaan lanjut mengenai Kim Jong Un, klik pautan di bawah.

Nafi Laporan Amerika Syarikat, Korea Selatan Dakwa Kim Jong-un Masih Hidup

Pakar Semenanjung Korea Percaya Kim Jong Un Telah Meninggal Dunia

Calon Pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong Dinilai ‘Lebih Kejam’ Daripada Kim Jong-un

Sumber