Pemimpin Tertinggi Korea Utara Kim Jong Un dilaporkan berada dalam situasi koma, kata seorang bekas pegawai Korea Selatan di tengah-tengah laporan bahawa Kim Jong Un telah berkongsi separuh dari kuasa pemerintahan dengan adiknya, Kim Yo Jong.

Chang Song-min, bekas pembantu mendiang Presiden Korea Selatan Kim Dae-jung, mendakwa Kim Jong Un sakit parah dan disebabkan itu dia jarang muncul di khalayak ramai tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya rasa dia berada dalam keadaan koma, tetapi hidupnya belum berakhir,” katanya kepada media Korea Selatan, yang dipetik dari New York Post. Dia juga menambah bahawa adik perempuan Kim Jong Un, Kim Yo Jong, bersedia untuk membantunya memimpin Korea Utara.

“Perubahan tampuk pimpinan yang lengkap belum dibentuk, jadi nama Kim Yo Jong diusulkan kerana kekosongan itu tidak boleh berlaku untuk waktu yang lama,” katanya.

Kenyataannya dibuat setelah agen risikan Korea Selatan mendedahkan bahawa Kim Yo Jong, 33, kini menjadi “orang kedua de facto” di Korea Utara, walaupun belum dilantik secara sah sebagai penggantinya.

Dalam pertemuan tertutup dengan penggubal undang-undang, Perkhidmatan Perisikan Nasional Korea Selatan mengatakan peralihan kuasa itu bertujuan untuk “meringankan (Kim Jong Un) dari tekanan dan menghindari kesilapan jika polisi gagal,” lapor agensi berita Yonhap.

Kim Jong Un hanya dilihat di khalayak ramai beberapa kali tahun ini, mencetuskan khabar angin mengenai keadaan kesihatannya. Pada bulan April, dia dikhabarkan telah meninggal dunia kerana pembedahan jantungnya gagal, namun beberapa hari kemudian dia muncul di khalayak ramai.

Terdahulu, Kim Jong Un telah dilaporkan menjatuhkan hukuman mati terhadap empat pegawai atasan selepas mereka melanggan pelajar kolej ‘kegemaran’ beliau. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Akibat Langgan Pelajar Kolej ‘Kegemaran’ Kim Jong Un, Empat Pegawai Atasan Dihukum Mati

Pakar Semenanjung Korea Percaya Kim Jong Un Telah Meninggal Dunia

Kim Jong Un Perintah Anjing Peliharaan Ditangkap Dan Diserahkan Kepada Restoran Untuk Dimasak