Korea Selatan dan Korea Utara dahulu terkenal dengan perseteruan yang lama di antara dua negara, namun kini mereka boleh berjenaka sesama sendiri.

Diktator muda Korea Utara, Kim Jong-un telah mengirim surat kepada Presiden Korea Selatan Moon Jae-in bertujuan untuk menghiburkan rakyat Korea Selatan yang dilanda wabak coronavirus.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Korea Selatan telah mencatat kes sebanyak 6,088, manakala jumlah orang yang meninggal dunia akibat wabak ini adalah 36 orang. Menjadikan mereka sebagai negara kedua tertinggi penyumbang kepada pesakit coronavirus selepas China.

Di dalam suratnya, Kim Jong-un telah cuba menghiburkan rakyat Korea Selatan dengan menyatakan bahawa Korea Utara sedang berusaha mencari jalan untuk melawan wabak ini.

Kim turut menyampaikan harapan agar Korea Selatan sentiasa tenang dan mampu untuk mengatasi masalah ini. Kim juga menyatakan keprihatinan beliau pada kesihatan rakan sejawatnya, Moon Jae-in, lapor Yoon Do-han, jurucakap Moon seperti dipetik oleh Mirror.

Sesetengah pakar melihat situasi ini adalah antara salah satu usaha Korea Utara untuk kembali berbaik dengan jiran mereka Korea Selatan selepas musuh mereka, Amerika Syarikat telah melancarkan sekatan ekonomi kepada Pyongyang.

Untuk rekod, Korea Utara masih belum mencatatkan apa-apa kes penyebaran wabak coronavirus di sana – sesuatu yang mencurigakan. Namun mereka telah menutup sempadan dengan dunia luar dan meletakkan para diplomat di dalam kawasan kuarantin.

The Vocket pernah melaporkan bahawa sebelum ini bahawa Pyongyang telah bertindak membunuh seorang rakyatnya selepas diuji positif coronavirus. Dalam laporan lain juga, Korea Utara dilaporkan telah menembak mati seorang pegawai kerajaan yang melanggar perintah kuarantin kerana berkunjung ke ruang mandi awam.

Baca pautan lain bagi mengetahui bagaimana cara Korea Utara menangani isu coronavirus. Klik pautan di bawah untuk lebih lanjut.

Pegawai Tinggi Korea Utara Ditembak Mati Selepas Keluar Dari Pusat Kuarantin Coronavirus Tanpa Kebenaran

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Jika Rakyatnya Dijangkiti Wabak Coronavirus?

Sumber