Di saat pemimpin negara tampil meluahkan kegusaran dan saranan mengenai wabak COVID-19 yang semakin menular, kelibat Kim Jong-un dikatakan ‘hilang’ daripada media sejak seminggu lalu selepas menjalani pembedahan.

Ketiadaan laporan terbaru mengenai keadaan kesihatan atau kelibat beliau sekaligus membuatkan orang ramai tertanya-tanya mengenai pemimpin Korea Utara ini.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Sebagai rekod, Kim Jong-un kali terakhir tampil di media rasmi Korea Utara pada 11 April. Beliau yang sebelum ini aktif menghadiri sambutan paling meriah buat negara itu sempena kelahiran pengasas Kim Il Sung juga tidak kelihatan pada 15 April lalu.

Melalui laporan daripada The Daily NK, Jong-un kini dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan di sebuah resort di timur laut negara itu. Difahamkan gaya kehidupan beliau yang kuat merokok, obes dan terlalu kuat bekerja antara yang turut menjadi punca.

Setakat ini masih belum terdapat sebarang laporan rasmi mengenai keadaan kesihatan Kim Jong-un manakala pihak Korea Utara seolah merahsiakan perkara ini daripada media luar.

Pada bulan lalu, Kim Jong-un telah menghantar surat untuk menghiburkan rakyat Korea Selatan yang diserang COVID-19.

Kim Jong-un Hantar Surat Untuk Hiburkan Rakyat Korea Selatan Yang Diserang COVID-19

Kit Ujian Dengan Ketepatan Seratus Peratus Dari Korea Selatan Bakal Digunakan Kesan COVID-19

 

Anda Mungkin Suka