Ketegasan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un kembali menjadi laporan berita antarabangsa. Terbaharu, Kim dilaporkan menjatuhkan hukuman mati kepada pegawainya kerana membeli produk perubatan murah dari China, lapor The Mirror.

Kes ini bermula ketika Kim Jong Un mempersiapkan sebidang tanah untuk dibangunkan menjadi Hospital Umum Pyongyang pada bulan Mac tahun lalu. Kim mengarahkan agar kemudahan itu dibina dalam masa enam bulan.

Namun, sehingga ke tarikh akhir pembinaan hospital terbabit, tempat itu belum lagi dibuka secara rasmi kerana disyaki peralatan perubatan masih lagi tidak sampai. Sekarang, pegawai yang bertanggungjawab mesti menanggung nyawanya kerana mengabaikan arahan Kim Jong Un.

Berdasarkan laporan Yahoo News, Kim Jon Un mahu hospital itu dilengkapi dengan peralatan perubatan dari Eropah. Namun, pegawai tersebut, yang tidak dikenali, dikatakan telah mengusulkan rancangan alternatif untuk mengimport alat perubatan yang lebih murah dari China.

Kim Jon Un yang tahu mengenai pembelian itu tidak dapat menyembunyikan perasaan marahnya dan bertindak menjatuhkan hukuman bunuh terhadap pegawai tersebut.

Dilaporkan oleh Daily Mail, pegawai tersebut adalah timbalan pengarah di Kementerian Luar Negeri Korea Utara. Pegawai itu, yang berusia 50-an, bertanggungjawab dalam urusan eksport dan import Korea Utara.

Difahamkan, selain menjatuhkan hukuman mati terhadap pegawai terbabit, eksekutif dari kementerian kesihatan juga disingkirkan. Kim, yang menghabiskan masa kecilnya di Switzerland, percaya bahawa alat buatan Eropah lebih baik dari segi kualitinya berbanding China.

Oleh itu, Parti Buruh Korea mengganggarkan bajet yang besar untuk memenuhi kehendak pemimpin tertinggi mereka, dalam masa yang sama mereka juga berjuang dengan sekatan antarabangsa dan juga pendedahan terhadap wabak COVID-19.

Cadangan untuk menggunakan barang dari China yang bukan hanya murah tetapi juga lebih mudah untuk diimport. Namun, kontrak itu dikatakan telah ditandatangani oleh pegawai tersebut sebelum Kim Jong Un menyetujuinya.

Untuk rekod, pada awal bulan ini, Korea Utara dalam laporan terbarunya kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mengulangi bahawa negara itu tidak menemukan apa-apa kes jangkitan wabak COVID-19.

Kim Jong Un perintah anjing peliharaan ditangkap dan diserahkan kepada restoran untuk dimasak. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kim Jong Un Perintah Anjing Peliharaan Ditangkap Dan Diserahkan Kepada Restoran Untuk Dimasak

Padah Langgar SOP COVID-19 Di Korea Utara, Pegawai Dihukum Mati Oleh Kim Jong Un

‘Kesal’ Tembak Dan Bakar Warganegara Korea Selatan, Kim Jong Un Minta Maaf