Pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un difahamkan telah melarang penggunaan seluar jeans ketat dalam usaha terbaharunya bagi mengawal orang muda di negara terbabit daripada terpengaruh dengan budaya barat yang mampu menghancurkan rejimnya, lapor The Sun.

Dia yang sebelum ini telah memutuskan bahawa mereka yang berpakaian atau mengenakan gaya fesyen yang pelik akan dihantar ke kem buruh. Manakala gaya rambut yang lain daripada yang lain dan seluar jeans ketat dengan corak koyak di lutut adalah tanda gaya hidup kapitalis, katanya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

The Sun yang memetik laporan media Korea Utara mendakwa bahawa Parti Pekerja telah mengeluarkan arahan secara senyap agar fesyen atau barang-barang seperti itu dielakkan daripada diguna kerana mampu untuk meruntuhkan sifat kenegaraan.

“Sejarah mengajar kita pelajaran penting bahawa sebuah negara mampu menjadi rentan dan akhirnya runtuh seperti tembok yang lembap tanpa mengira kekuatan ekonomi dan pertahanannya jika kita tidak berpegang pada gaya hidup kita sendiri.

“Kita harus berhati-hati dengan gaya hidup kapitalis dan berjuang untuk menyingkirkannya,” lapor kenyataan terbabit.

Difahamkan bahawa rambut yang diwarnakan dan bertindik di mana-mana anggota badan juga tidak boleh diterima. Kim juga menitikberatkan gaya rambut sederhana dan melarang sebarang gaya rambut yang ‘tidak sosialis’.

Dalam perkembangan yang lain, para penganalisis menuduh Korea Utara mempunyai lebih dari 60 peluru berpandu jenis nuklear. Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengatakan bahawa program nuklear Korea Utara adalah “ancaman serius terhadap keselamatan Amerika dan keselamatan dunia”.

Kim Jong Un hukum bunuh pegawai Korea Utara kerana beli produk murah ‘Made in China’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Kim Jong Un Hukum Bunuh Pegawai Korea Utara Kerana Beli Produk Murah ‘Made In China’

Padah Langgar SOP COVID-19 Di Korea Utara, Pegawai Dihukum Mati Oleh Kim Jong Un

‘Kesal’ Tembak Dan Bakar Warganegara Korea Selatan, Kim Jong Un Minta Maaf