Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menjadi tumpuan setelah dia memerintahkan agar anjing peliharaan ditangkap dan diserahkan ke restoran untuk dimasak.

Langkah Kim dipercayai bertujuan untuk mengurangkan rasa tidak puas hati masyarakat di tengah-tengah situasi ekonomi yang tidak menentu dengan krisis kekurangan makanan sedang melanda Korea Utara.

Anjing di Korea Utara kebanyakannya di pelihara oleh golongan elit di sana – pegawai kerajaan yang kaya dan individu berpengaruh di Pyongyang. Anjing turut disebut sebagai simbol yang dibawa oleh dunia barat dan rakyat di sana hanya dibenarkan memelihara babi atau binatang ternakan lain.

Pada bulan Julai lalu, Kim Jong Un mengeluarkan larangan memelihara haiwan kesayangan. Baginya ia adalah budaya kaum borjuis. Pihak berkuasa Korea Utara juga dikerah untuk menangkap anjing peliharaan dan dijual kepada pihak zoo negara.

Sumber lain pula menyatakan bahawa anjing tersebut akan diserahkan kepada restoran yang memasak hidangan daging anjing. Ia adalah hidangan yang popular di China dan Korea Utara.

Walaupun langkah ini dikutuk oleh masyarakat Korea Utara, namun langkah ini dipuji oleh golongan elit Korea Utara dan kebanyakan daripada mereka menyatakan bahawa ia adalah salah satu usaha Kim untuk menjauhkan negara dari nilai-nilai barat.

Terdahulu, Kim Jong Un telah mengarahkan empat pegawainya dihukum mati disebabkan melanggan pelajar kolej ‘kegemarannya’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Akibat Langgan Pelajar Kolej ‘Kegemaran’ Kim Jong Un, Empat Pegawai Atasan Dihukum Mati

Pakar Semenanjung Korea Percaya Kim Jong Un Telah Meninggal Dunia