Kemunculan semula Kim Jong-un di sebuah majlis di Korea Utara akhirnya menamatkan spekulasi yang beliau sudah meninggal dunia.

Selepas 20 hari ‘hilang’, beliau hadir ke sebuah majlis pembukaan sebuah kilang baja di Sunchon dan gambar beliau memotong riben dan bermesra dengan rakyat telah dirakam oleh agensi kerajaan Korea Utara dan dikongsikan ke seluruh dunia.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Kim dilihat tersenyum dan membuat rondaan di fasiliti kilang berkenaan. Pun begitu, kesahihan sama ada benar gambar ini dirakam pada 1 Mei yang lalu masih menjadi tanda tanya.

Spekulasi berkenaan kesihatan Kim yang merosot telah bermula pada 15 April apabila beliau gagal hadir ke sambutan perayaan ulang tahun kematian Kim Il Sung, pengasas Korea Utara. Perayaan ini adalah satu sambutan yang penting dan biasanya Kim akan melawat makan datuknya pada tarikh tersebut.

Kemunculan terakhir Kim adalah pada 11 April yang lalu ketika beliau mempengerusikan mesyuarat Parti Pekerja. Pada 21 April, maka bermulalah khabar angin yang beliau sudah meninggal dunia dan kerajaan Korea Utara sedang menyembunyikan perkara tersebut.

Kimbo 2

Gambar Kim ketika majlis pmbukaan kilang baja pada 1 Mei 2020

Khabar angin berkenaan seterusnya membincangkan siapa yang bakal menggantikan Kim selepas kematiannya. Nama adik Kim, Kim Yo-jong naik dan dikhabarkan calon paling layak untuk menggantikan Kim.

Kemunculan Kim ini menamatkan segala spekulasi yang timbul. Ada juga teori mengatakan sebab utama beliau tidak menghadiri majlis tahunan pada 15 April yang lalu adalah sebagai langkah berjaga-jaga daripada pandemik COVID-19.

Menerusi kenyataan di Twitter, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berkata beliau ‘gembira’ melihat Kim masih hidup dan sihat.

Ini bukanlah pertama kali Kim hilang di mata masyarakat umum. Pada tahun 2014, Kim tidk dilihat membuat kemunculan selama 40 hari. Beliau muncul kembali 40 hari kemudian bertongkat dan masalah lutut menjadi sebab utama beliau tidak muncul di khayalak ramai.

Korea Utara adalah sebuah negara yang sangat berahsia dengan dunia perihal apa sahaja yang berlaku di dalam negaranya. Disebabkan itu sukar untuk mendapatkan sebarang berita sahih daripada negara tersebut dan segalanya perlu diumumkan oleh kerajaan Korea Utara terlebih dahulu.

Namun ada juga yang masih meragui kesahihan gambar terbaru Kim ini. Sehinggalah beliau membuat kemunculan di luar Korea Utara, baru masyarakat dunia akan percaya yang beliau sebenarnya masih hidup.

Ini beberapa berita lain yang berkaitan Kim Jong-un sepanjang tempoh ‘hilang’ beliau. Baca lagi pada pautan di bawah.

Nafi Laporan Amerika Syarikat, Korea Selatan Dakwa Kim Jong-un Masih Hidup

Kim Jong-un Dilaporkan Bersembunyi Kerana Takut Dijangkiti Wabak COVID-19

Calon Pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong Dinilai ‘Lebih Kejam’ Daripada Kim Jong-un

Anda Mungkin Suka