Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, telah menubuhkan skuad rahsia baharu yang akan membunuh sesiapa sahaja yang menonton pornografi, lapor The Mirror.

“Saya pernah mendengar tentang orang yang ditembak kerana mengedar kandungan budaya yang tidak tulen. Terdapat seorang yang dihukum bunuh kerana menonton pornografi dan melacur di tempatnya selepas Kim Jong-un mengambil alih jawatan,” kata laporan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Skuad pembunuh itu adalah sebahagian daripada percubaan untuk menghapuskan kandungan televisyen asing, lucah, potongan rambut dan juga parti hari jadi, menurut keterangan seorang pembelot yang dimasukkan dalam laporan.

Pusat Pangkalan Data untuk Hak Asasi Manusia Korea Utara (NKDB) yang berpangkalan di Seoul, berkata pemimpin Kim Jong-un menguatkan pengaruhnya dengan mengenakan beberapa sekatan yang keras ke atas rakyatnya.

Rakyat Korea Utara akan didakwa atas apa sahaja kesalahan antaranya membelot, menyeludup, mengemis, kehilangan kerja, kesalahan lalu lintas, zina, amalan agama dan mengambil bahagian dalam apa yang dipanggil budaya luar.

Laporan itu menyatakan, “Mula-mula mereka menyemak cara anda berpakaian. Kemudian jenis muzik yang anda dengar, video yang anda tonton, sama ada anda telah mewarnakan rambut. Anda tidak boleh mengadakan parti hari jadi sebagai satu kumpulan,” kata pembelot itu, menurut laporan tersebut.

“Mereka selalu melarang untuk mengadakan perhimpunan dan minum arak kerana apabila orang mabuk, mereka akan menyanyi satu atau dua lagu Korea Selatan.”

Awal bulan ini, dilaporkan bahawa empat pelajar telah dibuang universiti dan dipaksa bekerja di lombong arang batu kerana pihak berkuasa telah menangkap mereka menonton kandungan TV asing dan bercakap dengan loghat atau frasa dari Selatan.

Bagi kesalahan menonton barangan lucah pula, ia datang dengan hukuman sangat yang tinggi, untuk kesalahan lain rakyat Korea Utara akan dipecat dari kerja atau dihantar ke pendidikan atau kem buruh.