Sebut sahaja nama keluarga Kardashian, pasti semua orang sudah arif mengenai citarasa ‘high end’ dalam berfesyen. Disebabkan oleh pengaruh ikon fesyen keluarga ini, setiap pakaian yang digunakan pasti akan menjadi trending dalam kalangan peminat.

Terbaharu Kim Kardashian West telah memenangi tuntutan saman terhadap pemilik akaun Instagram Misguided. untutan saman dinamakan ke atas Misguided atas alasan menggunakan nama dan persona Kim untuk mengaut keuntungan. Untuk pengetahuan, Misguided kerap memuat naik replika baju yang digunakan oleh Kim.

525a078897534b24a56a27e54447567d_md

Kim memenangi kes ini dengan jumlah saman bernilai USD2,700,000 (~RM11,163,690). Bukan itu sahaja, Misguided kini diarahkan untuk memadam kesemua gambar yang mengandungi nama, baju dan muka personaliti kepada isteri Kanye West itu. Tambah Kim, tindakan Misguided dianggap sebagai tidak beretika dan merosakkan imej dirinya beserta keaslian jenama pakaian yang dipakai oleh beliau.

huawei
HYPE
100% Lebih Yakin Beserta Ganjaran & Rebat, Ini 5 Sebab Anda Perlu ‘Bertukar’ Ke Huawei
Baca lagi →