Sedia maklum, kimono merupakan pakaian tradisi masyarakat di Jepun dan lambang masyarakat Jepun. Baru-baru ini, Kim Kardashian perkenalkan koleksi korset yang diberi nama Kimono. Bukan itu sahaja, beliau turut mempatenkan perkataan ‘Kimono’ yang menimbulkan kemarahan rakyat Jepun.

Pastinya apabila Kim Kardashian perkenalkan pakaian tersebut yang tidak sopan dan sama dengan nama pakaian tradisi masyarakat Jepun, pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat di Jepun terhadap isu ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/AnatolyTychala/status/1144286887827443712

Kebanyakkan masyarakat Jepun beranggapan Kim Kardashian tidak menghormati budaya mereka dan marah akan perkara tersebut. Untuk pengetahuan anda, masyarakat di Jepun memakai kimono pada hari perayaan atau kematian dan perkara ini adalah bertentangan dengan apa yang dipamerkan oleh produk Kim Kardashian.

Malah, Datuk Bandar Kyoto, Daisaku Kadokawa turut menulis secara rasmi untuk meminta Kim memikirkan semula keputusan beliau untuk menggunakan perkataan Kimono sebagai hak cipta beliau.

Berikutan hal tersebut, Kim Kardashian mengatakan bahawa beliau tidak bermaksud untuk tidak menghormati budaya masyarakat Jepun. Malah, beliau juga tidak bercadang untuk menukar nama jenama korset yang beliau bakal perkenalkan. Selain itu, pihaknya dalam proses untuk mendaftarkan nama hak cipta bagi koleksi pakaian dibawah Kim Kardashian.

Akan tetapi, jika proses hak cipta nama kimono dimiliki beliau nanti, beliau tidak akan menghalang penggunaan nama tersebut untuk digunakan dan merujuk kepada pakaian tradisional. Apakah pandangan anda mengenai isu ini?