Ada yang rindu dengan pemegang watak Han Ji-pyeong? Kalau ada, hari ini kami ada berita gembira yang ingin dikongsikan bersama anda!

Kim Seon-ho, pelakon kacak yang terkenal melalui drama Start Up dilaporkan bakal kembali ke layar kaca anda melalui penampilan khas dalam drama terbaharu keluaran JTBC, Run On.

Memetik laporan dari Koreaboo, pelakon tersebut difahamkan telahpun selesai penggambaran untuk drama tersebut. Beliau juga dilaporkan bakal tampil dengan watak sebagai direktor filem.

Difahamkan, Seon-ho sudah lama mengenali Lee Jae-hoon yang merupakan direktor untuk drama tersebut. Persahabatan diantara kedua individu ini difahamkan telah terjalin sejak dari penggambaran drama pertama lakonan Seon-ho yang berjudul Good Manager, sebuah drama yang turut diarahkan oleh Jae-hoon.

Drama Run On merupakan sebuah drama yang berpaksikan genre percintaan dan mengisahkan tentang kisah cinta diantara bekas olahragawan negara, Ki Sun-gyeom dan Oh Mi-joo, seorang penulis penterjemah.

Kepada anda yang ingin mengubat rindu kepada Seon-ho, bolehlah menonton drama ini di platform pentsriman, Netflix!

Klik pada pautan di bawah untuk membaca perkongsian kami tentang tipu helah agensi hiburan Korea yang telah didedahkan oleh bekas bintang K-Pop terkenal.

Bekas Bintang K-Pop Terkenal Dedah ‘Tipu Helah’ Agensi Hiburan Korea

Mahu Tampil Lebih Dekat Dengan Peminat, Airbnb Tawarkan Pengalaman Unik Bersama Bintang K-Pop

Sumber