Siapa yang tidak kenal dengan pelakon K-drama dengan bayaran paling mahal ini? Kim Soo-hyun, pelakon kacak yang berjaya mencipta nama menerusi drama popular It’s Okay Not To Be Okay selepas pulang dari latihan ketenteraan ini nampaknya bakal kembali dengan drama baru keluaran Netflix tak lama lagi!

koreaboo

SUMBER: KOREABOO

apple ncig
HYPE
Setanding Apple, Syarikat Anak Watan Ini Sedia Lancarkan Produk Secara ‘Virtual’ Dari Tampin
Baca lagi →

Khabarnya, drama siri baru bertajuk Finger keluaran Netflix ini diinspirasikan oleh filem Hollywood yang popular iaitu ‘American Psycho’. Drama ini merupakan drama Netflix pertama arahan Jung Ji Woo, direktor yang juga mengarah drama siri Tune in For Love.

Menurut sumber media, watak yang bakal dilakonkan Soo-hyun adalah sama dengan watak Patrick Bateman lakonan Christian Bale dalam filem American Psycho iaitu seorang pereka dalaman dan seni bina yang kelihatan sempurna dimata umum namun merupakan seorang pembunuh sosiopat yang tidak mempunyai sekelumit perasaan.

eebb3f5bf48b2fd3920755f3226a14063dee4950r1-960-960v2_uhq

SUMBER: AMINOAPPS

Menurut artikel daripada Koreaboo, Soo-hyun dilabel sebagai guaranteed check selepas kemunculan semulanya ke dalam industri. Panggilan itu diberi oleh kerana bakatnya dalam seni lakonan yang pastinya bakal menjanjikan sukses pada setiap drama yang pernah dilakonnya.

Asiaone

SUMBER: ASIAONE

Drama Finger ini dijangka akan dikeluarkan pada musim bunga tahun hadapan dan sedang di dalam proses pemilihan pelakon-pelakon lain. Tak sabar rasanya bukan? Agaknya bolehkah Soo-hyun membawa watak seperti ini? Sama-sama kita nantikan!

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah dilanjutkan, ini adalah 5 drama Korea ongoing yang anda boleh tonton sepanjang PKPB! 

5 Drama Korea ‘Ongoing’ Yang Anda Boleh Layan Sepanjang PKPB Di Rumah

Ada Apa Dengan #HiByeMama Yang Kini Trending Di Twitter

Anda Mungkin Suka