Semua orang daripada kita sering disogok dengan cerita-cerita kekejaman yang terjadi di Korea Utara. Bermula daripada beberapa undang-undang yang dilihat menekan sehinggalah beberapa hukuman yang kedengaran kejam.

Negara yang dipimpin oleh satu keluarga sejak tahun 1950-an dan mengamalkan sistem Komunis ini turut terkenal disebabkan pemimpinnya, Kim Jong Un yang sering kali melakukan perkara-perkara yang diluar kebiasaan pemimpin dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tetapi kini, media antarabangsa dari negara-negara kuasa besar telah beralih arah ke adik perempuannya, Kim Yo Jong yang dipanggil sebagai ‘Puteri’ dan disebut-sebut sebagai sosok yang dingin dan kejam – lebih kejam dari abangnya sendiri.

Beberapa hari lalu, Kim Yo Jong telah menjadi perhatian dunia setelah dia memerintahkan tenteranya untuk memusnahkan pejabat perhubungan Korea Selatan di Kaesong.

Tidak cukup dengan itu, Kim Yo Jong juga telah mengeluarkan beberapa kritikan terhadap pemerintah Korea Selatan dan mengancam akan menggerakkan kuasa tenteranya ke sana.

Situasi ini jelas menggusarkan dan beberapa pakar kini telah beraggapan bahawa Kim Yo Jong telah dianggap sebagai pengganti abangnya dan mereka kini ‘tahu’ bagaimana puteri ini akan memimpin negaranya.

“Dari apa yang saya lihat, dia adalah seorang yang dingin, kejam, dan sombong,” jelas Suzanne Scholte, salah seorang pengasas Radio Bebaskan Korea Utara. Dia menjelaskan bahawa pendekatan agresifnya adalah salah satu usaha untuk menyatukan dan memperkuat sokongan pegawai Korea Utara.

“Kim Jong Un telah menunjukkan bahawa jika sesuatu terjadi kepadanya, mereka akan ada pengganti dan keluarga Kim masih lagi berkuasa,” jelasnya.

Sebelum ini, dia hanya dianggap sebagai seorang staf biasa yang sering menemani abangnya ke mana sahaja dia pergi – dia juga sering menemani Kim Jong Un merokok.

Namun kini semuanya dilihat mula berubah, New York Post melaporkan bahawa Kim Yo Jong kini menjelma sebagai salah seorang pemimpin Korea Utara yang diakui di seluruh negara komunis.

Pakar Korea Utara dan Pasukan Khas AS yang telah bersara Kolonel David Maxwell menjelaskan bahawa tidak ada nombor dua di Korea Utara,”Tetapi dia bertindak seolah-olah dia adalah timbalan pemimpin. Tidak mungkin kecuali saudaranya sendiri yang memberikannya kuasa,” kata Maxwell.

Pakar lain menyatakan bahawa, walaupun dia seorang wanita dan masih sangat muda, Kim Yo Jong tidak akan menghadapi apa-apa halangan di Pyongyang, “Dia garang dan teguh. Saya tidak fikir kerana dia wanita dia akan dipulau,” kata Sean King, pakar Asia di Park Strategies.

Kim Yo Jong, yang dipercayai berusia 32 tahun, juga belajar di Switzerland seperti abangnya dan menikah dengan pegawai tinggi Choe Song. Dia pertama kali muncul dikhalayak umum ketika menghadiri upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan, 2018 yang lalu.

Dia turut dilihat menemani abangnya ketika bertemu Presiden Korea Selatan Moon Jae-in, dan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump. Dia sempat ‘hilang’ setelah pertemuan kedua Kim dan Trump di Hanoi, Vietnam, pada tahun 2019 yang berakhir tanpa sebarang perjanjian penting.

Kali ini dia muncul kembali, tetapi lebih garang, di mana dia menyatakan dengan jelas bahawa dia “jijik untuk mendengar setiap ucapan Presiden Moon”.

Terdahulu, sewaktu Kim Jong Un menghilangkan diri, Kim Yo Jang telah disebut-sebut sebagai pengganti kepada abangnya. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Calon Pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong Dinilai ‘Lebih Kejam’ Daripada Kim Jong-un

Korea Utara Jatuhkan Hukuman Mati Jika Rakyatnya Dijangkiti Wabak Coronavirus?

Pegawai Tinggi Korea Utara Ditembak Mati Selepas Keluar Dari Pusat Kuarantin Coronavirus Tanpa Kebenaran