Syria merupakan pusat peradabadan tertua di dunia. Negara yang terletak di timur tengah ini memiliki teknologi-teknolgi paling tua di dunia, dan salah satu daripadanya adalah kincir air. Kincir air atau juga disebut norias (The Norias), paling banyak boleh ditemukan di kota kuno Hama, Syria.

Menjadi ikon Hama, kincir-kincir air ini terletak di sepanjang Sungai Orontes yang berasal dari era Bizantium. Ia merupakan salah satu dari bukti sistem perairan telah wujud sejak dahulu lagi. Walaupun sekarang ianya sudah tidak berfungsi, namun sebahagian daripada tinggalan kincir air ini masih berada di dalam keadaan elok.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kincir air (norias) dicipta untuk mengangkat air dari sungai dan memindahkannya melalui saluran air ke ladang-ladang dan rumah penduduk setempat. Apa yang uniknya, kewujudan norias sehingga kini masih lagi dianggap misteri.

1
Gambar: FLickr
2
Gambar: FLickr

Masih belum ada lagi mana-mana rujukan tepat yang bercerita tentang sejarah penciptaan norias. Sukar untuk dikatakan dimana norias yang pertama wujud. Berdasarkan tulisan kuno oleh Marcus Vitruvius Pollio, seorang jurutera Rom, norias yang pertama berkemungkinan ditemukan oleh orang Rom pada abad pertama sebelum Masehi.

Dalam sumber lain, ada yang menyebut norias mula dikembang di India sekitar abad ke-4 atau ke-5 sebelum Masehi. Selepas daripada itu barulah teknologi tersebut tersebar ke barat dan China. Bagaimanapun sejarahnya, norias terkenal sebagai alat yang digunapakai oleh jurutera Islam dan mereka telah membuat beberapa penambahbaikan pada alat tersebut. Sebagai contoh, penambahan mekanisme pada gigi roda untuk kelancaran yang lebih sempurna sebelum kincir air norias ini semakin popular di timur tengah pada zaman itu.

Sesetengah norias yang digunakan semasa zaman pertengahan dunia Islam ada yang mencapai setinggi 20 meter dan boleh mengangkat sebanyak 2,500 liter air seminit. norias yang terletak di Hama, Syria ini adalah salah satu contoh kincir air terbesar digunakan yang wujud dipertengahan abad.

3
Gambar: FLickr
4
Gambar: FLickr
5
Gambar: FLickr

Dahulu, Hama memiliki lebih daripada 30 noria, namun yang masih selamat hanya tinggal 17 sahaja lagi. Tambah satu lagi fakta, norias adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab.