Sejak Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengumumkan barisan kabinet baharu beliau. Pelbagai pandangan yang diutarakan oleh pemerhati situasi politik di Malaysia. Ada yang kurang berpuas hati dengan pelantikan mereka yang mempunyai kes mahkamah. Manakala sebahagian lagi mempertahankan tindakan tersebut.

Bagaimanapun, ada satu perkara di mana semua orang boleh bersetuju. Iaitu pelantikan Datuk Seri Tiong King Sing sebagai Menteri Pelancongan. Ini selepas sebuah video beliau menari bersama para penduduk tular dan kebanyakan netizen merasakan bahawa beliau ada yang Menteri Pelancongan yang sebenar.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Twitter, kelihatan King Sing menari bersama penduduk tempatan di Sarawak semasa sambutan Hari Gawai. Kelagat King Sing di dalam video tersebut yang menari dengan bersungguh-sungguh sebelum berhenti untuk mengambil nafas dianggap lucu oleh netizen.

King Sing adalah Ahli Parlimen Bintulu yang juga merupakan presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) dan ADUN Dudong. PDP ialah satu daripada empat parti komponen dalam Gabungan Parti Sarawak, bersama-sama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

King Sing dalam satu kenyataan di Berita Harian berikrar akan memikul tanggungjawab sebagai Menteri Pelancongan sebaik mungkin demi kepentingan rakyat dan negara. Menyedari ia bukan tugas mudah ketika Malaysia dan dunia mendepani cabaran ekonomi, beliau berkata tugas itu akan dijalankan bersungguh-sungguh bersama anggota Kabinet lain dalam Kerajaan Perpaduan.

“Dalam masa sama, saya berharap warga Kementerian Pelancongan, agensi-agensi di bawahnya serta pemain industri dan pihak berkepentingan dapat membantu membangunkan industri ini ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.