Ini berita baik buat penggemar kuih onde-onde dan aiskrim. King’s tampil dengan aiskrim potong signature yang baharu iaitu berperisa onde-onde atau kuih gula melaka yang pastinya akan membuat anda terliur.

Perisa baharu daripada King’s ini pastinya kena dengan citarasa rakyat Malaysia. Aiskrim tersebut diperbuat daripada kelapa dan pandan serta mengandungi inti berperisa gula Melaka di dalamnya.

Untuk pengetahuan anda, harga bagi sebatang aiskrim ini adalah RM2 dan harga bagi sekotak adalah RM11 berisi 6 batang aiskrim. Bagi anda yang ingin mendapatkan aiskrim ini, anda boleh dapatkannya di kedai-kedai serbaneka berdekatan anda. Bolehlah nikmati waktu berbuka nanti sebagai pencuci mulut.

Sumber