Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Akhirnya, keluar juga trailer untuk filem ini! Saya yang merupakan peminat setia filem Kingsman yang pertama ingatkan filem sekuel ini akan ditangguh ke tahun hadapan. Nampaknya tidak dan akan ditayangkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan tahun ini.

The Golden Circle akan dimulakan dengan Eggsy & Co ke Amerka Syarikat untuk mendapatkan bantuan rakan mereka di benua Amerika Syarikat. Di sana, mereka akan bertemu agen yang akan membantu mereka, lakonan Jeff Bridges dan Channing Tatum. Dan ya, seperti gaya Amerika, mereka agen dengan gaya koboi!

HYPE
Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
Baca lagi →

Julienne Moore pula akan memegang watak jahat dalam filem ini dan watak utama dalam Kingsman pertama juga akan membuat penampilan semula. Watak yang mana? Anda kena tonton sampai habis trailer ini.

Kingsman 2: The Golden Circle akan berada di pawagam 29 September. Nampak gayanya sekuel kedua siri ini nanti pun akan sangat hebat!

P/S: Tahukah anda Khairy Jamaluddin adalah peminat filem Kingsman? Dalam satu acara makan malam, beliau pilih untuk berpakaian seperti Eggsy; memakai sweater dan jeans manakala orang lain berpakaian suits. Beliau masih mengekalkan tema makan malam acara tersebut tetapi tampil lain dari yang lain. Steady-lah KJ!

Eggsy, Arthur and Galahad. Happy 50th Mr Hairspray @kamal_ab. #kamals50th

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj) on