Semenjak trend pengguna beralih kepada cloud storage, penggunaan USB flash drives semakin dilupakan. Masalah kapasiti USB flash drives yang rendah juga telah membuatkan orang ramai tidak lagi berminat.

Dalam pada itu, Kingston sekali lagi memilih jalan yang klasik dengan memperkenalkan pendrive dengan storan 2TB. Penggunaan kapasiti bersaiz 2TB juga menjadikan flash drives ini sebagai flash drives dengan kapasiti terbesar setakat ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Rekabentuknya yang kompak serta ditambah pula dengan penggunaan material metal membuatkan USB flash drives ini tampak lebih kukuh dan tahan lasak.

Memandangkan produk ini dilancarkan pada tahun ini, kami menjangkakan Kingston bakal menggunakan USB Type-C sebaliknya mereka memilih untuk menggunakan USB Type-A. Berita baik buat semua pengguna yang majoritinya masih menggunakan port ini.

Setakat ini Kingston masih belum mengumumkan harganya. Kami menjangkakan harganya bakal mencecah RM5 ribu ringgit dan bakal menurun dari semasa ke semasa. Buat anda yang berminat untuk mendapatkan Kingston DataTraveller Hyper X dengan kapasiti 512GB anda boleh dapatkannya di sini.